Dunia seni hiburan khususnya bidang lakonan dan komedi mempunyai peranan penting dalam memberikan kebahagiaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat situasi para pelawak bertembung dengan sempadan moral dan etika.
Baru-baru ini, pelawak terkenal pada era 90an, Jaafar Onn memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam dunia seni hiburan bahawa tidak membuat jenaka untuk mengguris hati orang lain.
“Kebanyakan pelawak baharu tak sama macam dulu. Sekarang ni, kutuk orang jer, maki orang, hina orang. Saya nak pesan, kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kita buat lawak kena guna otak dan penuh adab ketika berkata-kata. Jangan bahan orang atas pentas sebab ia boleh mengguriskan hati sesetengah pihak”
Jaafar Onn yang terkenal menerusi sitkom Cili Padi ini menekankan kepentingan bergurau dengan bijak. Walaupun artis kemedi mempunyai kebebasan kreatif untuk meluahkan idea mereka, mereka tetap perlu ingat bahawa melawak tidak boleh memudaratkan atau menyakiti perasaan orang lain. Amaran ini adalah selaras dengan semangat mewujudkan persekitaran hiburan yang positif dan menyokong.
” Kalau nak melawak untuk membahan orang pun kena ada caranya. Penggunaan bahasa itu penting dalam menjaga adab, tidak dengan mengutuk ‘direct'”- katanya kepada MURAI MY
Jaafar ditemui semasa Majlis Pelancaran dan Perkenalan duta jenama makanan AHAD oleh Nozoly Food Industry, yang diadakan di Senawan, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jenama AHAD ialah syarikat Ready To Eat terbaru yang memfokuskan kepada produk berkualiti tinggi dan halal. Mereka juga fokus pada produk yang sesuai untuk sesiapa yang sering mengembara ke luar negara, mencari produk segar yang tiada MSG, boleh dimakan on the spot.
Menurut Jaafar, selepas 50 tahun dia tidak menjadi mana-mana duta produk makanan, kali ini dia menerima tawaran dari AHAD dengan hati terbuka.
“Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan AHAD adalah ini merupakan produk orang Melayu. Di mana mereka mengeluarkan produk yang tidak perlu diragui lagi. Sedangkan kita sebelum ini sering terpedaya dengan produk-produk dari jenama asing yang meletakkan logo halal tetapi terdapat juga yang tidak halal”-ujarnya
Post time 15-2-2024 11:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Katanya dah minta maaf dgn yang kena bahan tu selepas show. Satu malaysia tengok ngko bahan orang tu. Cannot brain iols. Entah la mungkin iola hati tisu.
Post time 15-2-2024 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dolmat at 15-2-2024 01:18 PM
Memang punnnnn pelawak2 sekarang ramai yg kurang ajar dan biadab bila melawak body shaming jgn cakap lahhh.. mana dgn terpekik2 terjerit2 bobal double meaning lagi!
Teringat masa dia join Arena Panggang masa tu bila dia kene panggang kaw2 org bagi, tpi bila dia memanggang alahai sopan je, nampak mmg x reti membahan org sangat. Ye la lawak dlu scripted so sempat menjaga sensitivi tu, bila lawak spontan ni mmg gini la melawak apa yg ada depan mata.
Dulu xbyk rancangan spontan jd boleh reka skrip yg selamat. Rasanya yg start spontan masa Senario tapi itu pun rakaman, still boleh edit. Skrg mcm Sepahtu tu lawak spontan & live, sebab tu dorang try hard nak bagi org gelak..