CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10061|Reply: 10

[Jenayah] Menuduh Orang Makan Dadah, Acik Bermulot Puaka Kena Saman RM1 Juta!

[Copy link]
Post time 14-2-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan makan dadah.

Sebelum ini dilaporkan seorang individu yang merupakan seorang pegawai pemasaran mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon yang merupakan rakan perniagaanya.

Walaupun tidak memetik nama pelakon terbabit tetapi rata-rata netizen mendakwa pelakon yang dimaksudkan adalah Puteri Sarah.

Susulan itu, Puteri Sarah dalam satu hantarannya di Instagram menunjukkan notis tuntutan fitnah sekaligus mendedahkan dia telah memfailkan saman terhadap individu yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.

Menerusi hantaran terbabit, notis tuntutan kenyataan fitnah telah difailkan terhadap Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin dimana tindakannya sebelum ini dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan.

Terdapat lima kenyataan yang dikeluarkan oleh individu terbabit, antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.” tulis Puteri Sarah.

Difahamkan, Puteri Sarah telah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

Malah, permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat kepada Puteri Sarah dan perintah injunksi bagi menghalang daripada menerbitkan kenyataan yang sama pada masa hadapan turut dikeluarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2024 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2024 09:26 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2024 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ler ..sape suh mulut longkang sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:54 PM | Show all posts
siapa ler yang taip surat lawyer tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2024 01:08 PM | Show all posts
aik... bak kata org tua sapa makan cili dia lah terasa pedas. member tu tak mention nama, tiba2 sendiri sentap. lagi pon ada kena dlm status / gossip interview tu mention nama andy tiba2 claim andy yg dibela. pening la dengan karen terpaling ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bior leeee pihak kehakiman yang menjalan kan tugassss


Eleh mentang2 puteri sarah tu glemer... viral.. semua nak amek kesempatan menunggang nama dan isu dia...


Cuba kamu tu acik sendu mcm nek rita royani.. takde sapa nak menunggang isu kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 06:08 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 15-2-2024 12:54 PM
siapa ler yang taip surat lawyer tu??

i pun sakit mata nengok tak align title tu...gewam pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 15-2-2024 08:36 PM

Aku kalau dengan orang tempatan aku tak percaya jadikan share partner...aku prefer Indon jadi share partner.

Diorg modal tenaga/kos kerja, aku modalkan kos input/barang. Pastu bahagi hasil 50-50.

Kitorang buat projek tanaman kontan macam pisang, labu dan terung dayak.

Tapi ni partime kitorang la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2024 10:04 PM | Show all posts
boikot dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065451 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list