CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6689|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aman Palestin kecilkan operasi, hampir 100 kakitangan diarah cuti tanpa gaji

[Copy link]
Post time 17-2-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Ibu Pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan akaun Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan itu kini beroperasi pada skala lebih kecil.

Impak pembekuan akaun itu turut menyebabkan organisasi yang mula beroperasi sejak 2004 itu menutup 13 daripada 20 cawangan di seluruh negara.

Pengurus Jabatan Media dan Dokumentasi Aman Palestin, Ismail Muhammad Jufri, berkata ketetapan itu dimuktamadkan pengurusan NGO berkenaan berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Sehubungan itu, katanya, hampir 100 daripada 150 petugas Aman Palestin diminta bercuti tanpa gaji sehingga dimaklumkan kelak.



Beliau tidak menolak kemungkinan pengecilan operasi kali kedua, sekiranya akaun milik Aman Palestin terus dibekukan tanpa had masa yang jelas.

"Aman Palestin ketika ini, tidak dihalang untuk beroperasi, namun kos operasi sepenuhnya bergantung kepada dana sampingan yang sangat terhad.

"Setakat ini, kita masih terima sumbangan daripada pihak tertentu yang menyalurkan secara terus ke pejabat kami dari semasa ke semasa.

"Petugas kekal perlu melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja," katanya kepada BH, hari ini.

Baru-baru ini, pendakwaan kes pecah amanah, tipu dan ubah wang haram bernilai RM39.5 juta dikaitkan dengan Aman Palestin mencuri tumpuan susulan keseluruhan 164 pertuduhan dihadapi tiga tertuduh, Khamis lalu.

Difahamkan, dua jam diambil untuk membaca semua pertuduhan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun dekat Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Selain Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut, 52, turut didakwa adalah pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan.

SPRM menerusi kenyataan pada 22 November lalu memaklumkan, 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Pembekuan akaun itu dibuat susulan siasatan terhadap dakwaan syarikat NGO berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2022.

Sejak ditubuhkan, Aman Palestin menyalurkan pelbagai bentuk bantuan untuk projek di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan serta sumbangan orang ramai dengan matlamat utama bagi membebaskan al-Aqsa.

Antara projek dilaksanakan di Palestin dan kem pelarian Palestin di negara sekitanya ialah pembinaan rumah anak yatim, bantuan pengajian, perubatan, hari raya dan sara hidup, pembiayaan keluarga miskin, pertanian sara diri, berbuka puasa serta Projek Qurban Aidil Adha.

Aman Palestin juga bekerjasama dengan institusi kerajaan dan swasta, syarikat korporat, sekolah, masjid, badan kebajikan dan NGO di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... itangan-diarah-cuti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058373 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list