CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12897|Reply: 22

[Tempatan] Demi anak, wanita tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL jual sayur kampung

[Copy link]
Post time 18-2-2024 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Demi anak, wanita tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL jual sayur kampung

https://www.bharian.com.my/berit ... t-jering-ke-kl-jual

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi - Februari 18, 2024 @ 8:05am
[email protected]


Siti Norol Salwani mengambil masa lebih empat jam dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur untuk menjual sayur kampung. - Foto ihsan Siti Norol Salwani.

TAIPING: Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung sejak pertengahan tahun lalu.

Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal.

Dia yang baru melangsungkan perkahwinan kali kedua Jumaat lalu berkata, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu.

"Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.

"Pada awalnya agak berat untuk saya memulakan perniagaan memandangkan jarak yang mahu ditempuhi beratus kilometer dan mengambil masa lebih empat jam ditambah pula dengan hanya menaiki motosikal.

"Namun tak disangka percubaan pertama berniaga di sana, segala sayur kampung seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, belalai gajah, nangka muda, durian belanda, kacang itik, jering dan ulam-ulaman laris terjual," katanya.


Siti Norol Salwani menjual pelbagai sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. - Foto ihsan Siti Norol Salwani

Menurutnya, harga sayur-sayuran yang dijual di sana sama seperti di Changkat Jering namun berbeza dari segi kesegarannya.

"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering.

"Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung," katanya.

Anak kelima dari 10 beradik itu berkata antara rintangan sering dihadapinya adalah tayar motosikal pancit selain berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Perkara itu dah biasa dan sering saya lalui sehinggakan pernah satu ketika motosikal saya tersadai di lebuh raya.

"Kos anggaran untuk ke Kuala Lumpur termasuk makan minum sekitar RM50 namun itu bukanlah halangan dan saya berasa puas apabila dapat berkongsi sayur segar dengan penduduk di Kuala Lumpur," katanya.

Siti Norol Salwani berkata perniagaannya terhenti awal tahun ini berikutan menguruskan hal perkahwinannya dengan pilihan hati.

Dia tekad meneruskan perniagaannya selepas menerima motosikal baru dibelinya berikutan motosikal lamanya mengalami kerosakan teruk.

"Suami juga tidak melarang dan turut merancang untuk sama-sama berniaga di Kuala Lumpur," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nk doa ko bertemu jodoh mcm ngan taib mahmud tp ko dh g kahwin lg tu dh nape
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 18-2-2024 02:44 PM
Baru nk doa ko bertemu jodoh mcm ngan taib mahmud tp ko dh g kahwin lg tu dh nape

Dah sampai jodoh lagi nak buat camne. Doakan je la yang baik2 untuk adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jauhnya dik oii...jgn la seksa diri...meniaga di sekitar Taiping dan Semanggol pun ok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 03:55 PM | Show all posts
nanti cuba pulak jual kat pasar basah taman tun tu... dorang tak kisah harga mahal tapi fresh.... semoga boleh upgrade ke van/truck pula... bahaya motor jauh2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 18-2-2024 03:55 PM
nanti cuba pulak jual kat pasar basah taman tun tu... dorang tak kisah harga mahal tapi fresh.... se ...

Setujukk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuuu diaaaa petai besar dabak!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!

Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas bertahun2 jadik makcik kayoooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia juai kat mana? Wiken pukui baper?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah..
Dolu masa dok cheras...mak iols saje je nak jenjalan tengah malam.kat kolumpo tau...terutama ke chowkit..beli buah2 sayur2 Kampung...
Naseb le ayah iols.melayan aje lah mak.iols.nak.jenjalan sanun
Konon takut tersesat
Padahal takut sebeban.mak iols beli...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:41 PM
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!

Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas b ...

Ni kisah lain kan? Yg anak ramai,masa cerai anak kecik lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka manusia yg mcm ni...bukan jenis berdrama mintak bantuan...semoga bisnes ko berjaya cemerlang dik...amin ..amin..amin...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat dia.. tapi naik motor dapat bawa sikit je la barang, kalau bawa banyak boleh supply kat peniaga lain kat Kl..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatnya semangat ko dik.. Niaga la dekat2 kamunting, kuala ke padang rengas ke.. .. X pun buat online.. Semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 08:35 PM | Show all posts
naiklah ETS/ Bas
kos lebih sikit je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tggu tered influenza bg kete free pulak.
Same ol same ol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper la dia tak niaga area Taiping or cht jering je....iols pun org cht jering...kalau balik kg tak jumpa pun org jual sayur kg...nk makan pucuk paku bapak iols g petik dlam kebun dia...nk mbeli mcm tak jumpa je org yg jual
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak kereta le dik....axia pun ok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-2-2024 04:41 PM
Semoga perniagaan berkembang maju. Go hadek go!

Ritu terbaca acik ni usahakan pandan wangi. Lepas b ...

Ada ye pandan wangi...baru iols tau...mana nak carik ye?igt nak racik2 sempena ramadhon...baru le semerbak serumah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gila la sanggup ulang alik jauh mcm tu
tak berbaloi langsung

btw laku ye orangnya ehh silap sayurnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.100549 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list