CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8995|Reply: 0

[Johor] Lelaki disyaki cabul sepupu direman

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas direman berkaitan kes cabul sepupu. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Jurujual syarikat penapis air direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga sepupunya, dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 terhadap suspek.

Suspek berusia 27 tahun bekerja di Singapura ditahan selepas pulang ke rumah di bandar ini untuk menyambut Tahun Baharu Cina, Ahad lalu.

Penahanan suspek dibuat selepas mangsa membuat laporan polis mendakwa dicabul sebanyak dua kali pada Jun dan Oktober 2022 ketika mangsa tinggal bersama keluarga suspek selepas kematian ibunya.



Difahamkan, mangsa ditinggalkan bersama keluarga suspek selepas bapanya yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menjaganya.

Ibu mangsa meninggal dunia ketika dia berusia enam tahun dengan kejadian berlaku sewaktu mangsa berusia 15 tahun, namun laporan polis hanya dibuat pada Oktober tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abul-sepupu-direman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.200432 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list