View: 26188|Reply: 15
|
[Politik]
Makin ramai angkat kaki tinggalkan MUDA
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 20-2-2024 04:04 AM
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengakui tidak tahu menahu tentang tindakan ramai ahli yang meletak jawatan dan meninggalkan parti berkenaan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Amir Hariri Abd Hadi berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli untuk meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.
Menurutnya, MUDA telah memberikan ruang yang mencukupi kepada semua ahli untuk memberikan sebarang pandangan atau cadangan melalui platform dalam talian dan secara bersemuka.
“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya tetapi bagi saya semua orang bebas dan ada hak demokrasi untuk memilih serta bersama-sama dengan mana-mana parti malah MUDA hormati keputusan mereka.
“MUDA sudah buat banyak pertemuan secara bersemuka dan saya difahamkan ada antara mereka yang meletakkan jawatan ini hadir tetapi tidak menyatakan sebarang cadangan pun ketika itu.
Sebelum ini, pemilik akaun @rombakMUDA mendakwa beberapa ahli pimpinan tertinggi MUDA meletakkan jawatan dalam masa seminggu.
Menurut akaun itu, hampir 10 ahli dalam masa sebulan meletakkan jawatan atas sebab peribadi dan juga didakwa tidak berpuas hati dengan hala tuju parti dalam tempoh beberapa tahun ini.
Tambah Amir Hariri, MUDA ketika ini sedang melakukan proses rejuvenasi parti untuk mengembalikan semangat moral yang merudum dalam kalangan ahli.
“Moral ahli agak jatuh disebabkan beberapa perkara seperti peletakan jawatan presiden iaitu individu paling berpengaruh dalam parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana mahu membersihkan nama daripada sabitan hukuman oleh mahkamah.
“Selain itu, MUDA juga berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mana saya akui tewas dengan agak teruk dan ini beri kesan terhadap moral dan semangat ahli yang berjuang dalam parti dan akhirnya mencari haluan lain.
“Sebab ini kami cadangkan proses tersebut untuk membangunkan semula parti yang mana kita ada lebih 80,000 ahli di atas kertas,” ujarnya. - Sinar Harian
https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-tak-tahu-punca-ramai-tinggalkan-parti-amir-hariri-458737
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
stingerkaypoh replied at 19-2-2024 11:32 PM
Dah kenapa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Silapnya memasing tak tadah bontot kat Nuar. Cuba tengok Wak Zahid tu.... Bijak. 47 kes berprima facie pun senang2 lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Parti berasaskan umur mana leh pi jauh
.masing-masing makin tua..umo dh 30an bagai..tukarlah nama tu jadi parti TUA |
|
|
|
|
|
|
|
populariti sadiq memang jadi faktor utama adanya ramai penyokong... bila dah ramai penyokong senanglah nak tubuh parti...
ramai tertarik kot sebab sadiq selalu terkenal dengan prinsip itu ini...dia sangat popular bila dia menjadikan isu prinsip ketika keluar dari gabungan ph....
tetapi akhirnya tak lama kemudian ketertarikan dan kepercayaan itu musnah bila sadiq sendiri ada isu prinsip bila didapati bersalah mencuri duit, pecah amanah, pengubahan wang haram atas kehiliangan duit armada ...berprinsip konon
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 20-2-2024 09:30 AM
populariti sadiq memang jadi faktor utama adanya ramai penyokong... bila dah ramai penyokong senangl ...
Lps tu beliau sembang psl integriti dkt ml studio dkt utube. Apo bondo. Bkn mahkamah da sabitkan beliau bersalah ke |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dah TUA
|
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah... perasan jela sed saddik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Join pemuda umno lah. Nmpk pemuda umno plg function setakat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tengok podcast "Keluar Sekejap bersama KJ & Shahril Hamdan" dah nampak SS punya vibe macam ada yg x kena dgn dia dan MUDA. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|