CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7656|Reply: 0

Pegawai JIPS akan buat pemeriksaan mengejut - KP Kelantan

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki Harun.

Kota Bharu: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan melakukan pemeriksaan mengejut ke balai, lokap dan tempat-tempat sensitif bagi mengesan apa jua kelemahan dari segi penyeliaan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata, berikutan itu kesemua Ketua-Ketua Jabatan di IPK dan unit-unit di bawahnya akan diarahkan supaya turun ke bawah bagi melihat kepatuhan dari segi prosedur operasi standard (SOP).

"JIPS akan buat pemeriksaan secara mengejut di balai-balai, lokap dan tempat-tempat sensitif bagi melihat sekiranya ada kelemahan.

"Sekiranya ada kelemahan yang kita rasakan kita mampu tangani ia akan dilaksanakan secara nasihat sebelum menjadi lebih teruk," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPK Kelantan di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, bagaimanapun setakat ini tiada kelemahan ketara, khususnya dari segi pematuhan, direkodkan membabitkan pegawai dan anggota polis IPK Kelantan.

"Jika ada kelemahan kecil mungkin disebabkan ada pegawai atau anggota yang bertugas terbabit dengan kursus, terbabit sukan ataupun akibat kekeliruan," katanya.

Sementara itu, katanya polis Kelantan juga dalam proses melihat jawatan-jawatan sensitif ataupun pegawai yang dilihat sudah terlalu lama di sesuatu tempat.

Beliau berkata, walaupun seseorang pegawai sudah lama di sesuatu tempat dilihat tidak bermasalah, mereka tetap akan dipindahkan.

"Pegawai atau anggota yang dipindahkan itu adalah supaya dapat digilap agar lebih berpengetahuan dan lebih berdaya saing.

"Kita juga bimbang sekiranya sudah terlalu lama mereka (pegawai dan anggota) akan terjebak pada sesuatu perkara yang tidak baik dan mencalar imej pasukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engejut-kp-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054824 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list