View: 5271|Reply: 0
|
Ed Sheeran dapat hadiah tali jam jenama tempatan Singapura
[Copy link]
|
|
Pasangan usahawan asal Singapura berbangga Ed Sheeran menerima hadiah pemberian mereka.
PENYANYI Ed Sheeran mendapat hadiah istimewa berupa sepasang tali jam jenama tempatan ketika dia mengadakan konsert di Singapura pada 16 Februari lalu.
Lebih menarik lagi, tali jam berkenaan direka khas oleh pengasas jenama itu yang menyerahkan hadiah berkenaan ketika bertemu Ed di belakang pentas.
Kenneth Kuan dan Chia Pei Qi dari syarikat jenama Delugs pada awalnya tidak menyangka seorang penyanyi popular seperti Ed sudi menerima buah tangan tersebut.
Kenneth sendiri memasangkan tali jam untuk Ed Sheeran.
Malah pertemuan pertama dalam tempoh lebih kurang satu minit itu menjadi satu pengalaman manis buat mereka apabila Ed meminta agar tali jam tersebut dipasangkan sendiri oleh pengasasnya.
Pada 17 Februari lalu, Kennent dan Chia sekali lagi dipanggil untuk bertemu Ed buat kali kedua bagi membolehkan usahawan terbabit memasang sendiri aksesori tersebut pada jam tangan mewah jenama Patek Philippe milik penyanyi itu.
Malah Ed juga dilihat memakai jam tersebut sepanjang konsert malam kedua yang berlangsung di Capitol Theatre, Singapura.
Tali jam berkenaan dianggar bernilai RM5,300.
Kenneth dan Chia sebelum ini memuat naik di laman sosial mereka meminta cadangan orang ramai reka bentuk terbaik buat Ed yang seorang peminat dan pengumpul jam tangan jenama mewah.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... akai-ketika-konsert |
|
|
|
|
|
|
| |
|