CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6468|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Juruteknik tak mengaku salah dua pertuduhan cabul sepupu perempuan

[Copy link]
Post time 21-2-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas didakwa mencabul sepupunya dua tahun lalu. NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Seorang juruteknik sebuah syarikat di Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mencabul sepupu perempuan yang tinggal di rumahnya selepas mangsa kematian ibu, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 27 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa melakukan amang seksual terhadap sepupunya yang berusia 15 tahun ketika itu, di rumahnya di Batu Pahat, pada jam 4 pagi, 12 Jun 2022.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh sekali lagi mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa pada jam 1 pagi, 31 Oktober 2022 dengan semua kejadian dan masa berlaku di tempat sama dan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.



Kejadian itu berlaku ketika mangsa dilaporkan tinggal bersama keluarga tertuduh berikutan kematian ibunya ketika dia berusia enam tahun.

Mangsa ditinggalkan bersama keluarga tertuduh selepas bapanya yang bekerja sendiri, tidak boleh menjaganya.

Selepas kejadian cabul itu, mangsa dengan bantuan ahli keluarga ibunya membuat laporan polis.

Suspek yang bekerja di Singapura ketika ini, ditahan selepas pulang ke rumah keluarganya di Batu Pahat, untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, minggu lalu.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Chee Hui Bing.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan mengarahkan lelaki itu melapor diri di Balai Polis Batu Pahat pada setiap awal bulan, selain tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 25 Mac ini untuk pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ul-sepupu-perempuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057225 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list