View: 11602|Reply: 1
|
[Tempatan]
Berikan saya sedikit ruang, kata Datuk Dr Ammar Abd Ghapar
[Copy link]
|
|
'Berikan saya sedikit ruang'
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -saya-sedikit-ruang
Nor Azizah Mokhtar
[email protected]
Disiarkan pada: Februari 25, 2024 @ 3:22pm
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ammar_1708845718.jpg)
AMMAR dan King Sing. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Datuk Dr Ammar Abd Ghapar enggan mengulas lanjut berhubung penurunan pangkatnya sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah.
Beliau yang dihubungi BH, hari ini enggan memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu buat masa ini, namun berterima kasih kepada media yang berusaha menghubunginya.
"Berikan saya sedikit ruang, biarlah perkara ini reda dahulu," jawab beliau ringkas.
Semalam, media melaporkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan memecat Ammar sebaliknya pegawai itu diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah.
Menurut King Sing, tindakan itu dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.
Sebelum itu timbul dakwaan Ammar dipecat daripada jawatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, King Sing menjelaskan bahawa Ammar tidak dipecat sebaliknya hanya diturunkan pangkat.
King Sing menjelaskan disebabkan kelemahan Ammar, banyak pihak termasuk pentadbiran pelancongan negeri merungut kepada kementeriannya.
Beliau turut menyatakan Ammar gagal mewujudkan destinasi baharu untuk pelancong selain tidak berjaya menarik bilangan pelancong ke Malaysia.
Difahamkan kementerian melantik Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika), P Manoharan yang kini menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan bagi menggantikan Ammar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KP baru dah tentu yes man
|
|
|
|
|
|
|
| |
|