CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1390|Reply: 0

"Kalau gol ini ke Puskas, ia anugerah cukup besar"- Faisal Halim

[Copy link]
Post time 27-2-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode

FAISAL Halim meraikan golnya di Piala Asia 2023. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Faisal Halim akui amat berbesar hati sekiranya jaringan terbaik Piala Asia 2023 yang dilakukannya disenaraikan ke Anugerah Puskas Fifa bagi dicalonkan pula sebagai gol terbaik dunia selepas ini.

Semalam, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan secara rasmi jaringan Faisal yang juga tonggak lincah skuad Harimau Malaya itu diumum sebagai 'Goal Of The Tournament' Piala Asia 2023 menerusi undian penyokong, sekali gus menjulang golnya terbaik di benua Asia.

Menerusi pengesahan AFC itu, pemain Selangor FC yang dikenali dengan panggilan Mickey itu muncul sebagai pemain pertama dari Malaysia memenangi anugerah itu sekali gus mengenepikan 132 gol lain sepanjang kejohanan yang berlangsung di bumi Qatar bulan lalu itu.

Ditanya jika gol yang dihasilkan ketika menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E itu dicalonkan ke Anugerah Puskas, tonggak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu mengakui tidak meletakkan harapan tinggi.



"Pada saya kalau gol saya ini disenaraikan ke Puskas (Fifa) cukup besar sebenarnya, ke anugerah cukup besar. Tapi saya sebagai pemain amat berbangga kalau disenaraikan.

"Untuk menang sudah tentu jauh sekali dalam anugerah tersebut, tapi rezeki kita tak tahu. Saya dah menang untuk Piala Asia (gol terbaik kejohanan) ini pun sudah bermakna untuk saya.

"Ia satu anugerah terbesar dalam hidup saya dan memori ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya rasa Puskas itu saya tak nak fikir sangat, saya tak nak fokus sangat. Fokus saya sekarang untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya," katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, Faisal meraih undian paling tinggi yang dibuka di laman sosial AFC apabila menyaksikan dia meraih 85% undian untuk meninggalkan tujuh pesaing lain.

Peratusan itu jauh meninggalkan pencabar terdekat, Mousa Al Tamari dari Jordan yang sekadar menerima sembilan peratus undian, sementara tempat ketiga menjadi milik pemain Korea Selatan, Son Heung-min dengan tiga peratus.

Mengulas lanjut kejayaan mengatasi pemain bertaraf dunia seperti Heung-min yang beraksi bersama Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris dan Al Tamari di Liga Perancis dengan Montpellier HSC akui tidak menduga memenanginya sama sekali.

"Sudah tentu tidak sama sekali, saya tak pernah menjangka saya dapat mengatasi pemain-pemain yang hebat, nama-ama yang besar. Ini semua atas rezeki, atas usaha saya dan atas rakan-rakan saya yang membantu.

"Semua rakyat Malaysia (terima kasih) dan jurulatih daripada pasukan kebangsaan, jurulatih Kim (Pan-gon) dan semua terlibat dalam membentuk saya, membantu saya untuk menjadi pemain terbaik.

"Begitu juga kelab saya yang banyak membimbing saya...saya takkan lupa apa yang saya ada sekarang, dan saya tak pernah rasa bangga apa yang saya ada sekarang," katanya.

Malaysia pernah menggemparkan dunia apabila di Anugerah Puskas pada 2016 lalu apabila sepakan percuma Faiz Subri yang dikatakan melawan hukum fizik dinobatkan sebagai pemenang Puskas pada tahun itu.

Gol terbabit berjaya melepasi tapisan awal yang dilakukan pakar teknikal dan jurulatih hingga disenarai pendekkan kepada lima gol terbaik, sebelum ia di buka secara atas talian untuk diundi oleh jutaan peminat bola sepak dari seluruh dunia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -besar-faisal-halim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049912 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list