CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 0

Liverpool kelab Inggeris paling berjaya

[Copy link]
Post time 27-2-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Liverpool meraikan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada final Piala Liga Inggeris di Stadium Wembley, London malam kelmarin. – Foto AFP

LONDON: Liverpool secara rasminya dinobat sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Kelmarin, Liverpool menundukkan Chelsea 1-0 selepas masa tambahan pada final Piala Liga Inggeris atau turut dikenali sebagai Piala Carabao.

Tandukan kapten Virgil van Dijk pada minit ke-118 ternyata menjadi pemisah di Wembley, ketika Jurgen Klopp mengharungi tahun terakhir daripada sembilan tahun sebagai bos Liverpool dengan satu lagi trofi kejuaraan.

Tandukan Van Dijk - percubaan ke-42 tepat pada perlawanan itu - bukan sahaja membantu kelabnya meraih kejuaraan tetapi ia juga mencipta sejarah.


Liverpool kini mengumpul 68 trofi dalam sejarah mereka, termasuk pertandingan domestik dan antarabangsa serta Piala Super.

Sebelum kelmarin, Liverpool terikat dengan musuh tradisi Manchester United dengan 67 trofi, tetapi kini peminat The Reds boleh menyatakan kelab mereka secara rasminya paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.



Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (kiri) menjaringkan gol kemenangan melepasi penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic pada final Piala Liga Inggeris di Stadium Wembley, London malam kelmarin. – Foto AFP

United terikat bersama Liverpool dengan 67 apabila memenangi final pertandingan sama musim lalu, selepas anak buah Erik ten Hag menundukkan Newcastle United 2-0 di Wembley.

Liverpool berada dalam kedudukan selesa untuk meneruskan penguasaan mereka sebagai kelab paling berjaya di England.

Pasukan kendalian Klopp kini mengungguli Liga Perdana Inggeris, satu mata di depan Manchester City dan antara pasukan pilihan untuk menjulang Piala FA.

Di Eropah, Liverpool akan berdepan Sparta Prague pada pusingan 16 terakhir Liga Europa.

Beberapa pemain muda memainkan peranan penting bagi kemenangan di Wembley kelmarin sekali gus menjadikan kejayaan itu lebih manis buat penyokong Liverpool.

Ketika pemain seperti Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai tidak boleh beraksi kerana kecederaan, Klopp beralih kepada pemain remaja kurang berpengalaman termasuk Conor Bradley, Bobby Clark, Jayden Danns, Jarell Quansah dan James McConnell untuk mengatasi Chelsea. – AGENSI


Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher menyelamatkan keadaan pada final Piala Liga Inggeris menentang Chelsea di Stadium Wembley, London malam kelmarin. – Foto AFP

10 KELAB PALING BERJAYA DI ENGLAND:

1 - Liverpool (68 trofi)

2 - Manchester United (67)

3 - Arsenal (49)

4 - Chelsea (34)

5 - Manchester City (34)

6 - Tottenham Hotspur (26)

7 - Aston Villa (25)

8 - Everton (24)

9 - Newcastle United (13)

10 - Nottingham Forest (13)
https://www.bharian.com.my/sukan ... eris-paling-berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.258876 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list