CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 0

Senarai panggilan pemain, KPG perlukan masa

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon.

Kuala Lumpur: Ekoran saingan Liga Malaysia (Liga M) yang hanya bermula Mei ini, pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon berdepan sedikit masalah dalam menyenaraikan barisan pemain yang akan dipanggil ke kem latihan pusat bulan depan.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, Pan-gon sedang membuat persiapan termasuk menghubungi kelab-kelab di Liga M bagi mendapatkan maklum balas mengenai prestasi pemain.

Namun katanya, disebabkan ada beberapa pasukan yang masih belum memulakan latihan atau baharu memanggil semula pemain untuk menjalani latihan, barisan kejurulatihan negara memerlukan sedikit masa sebelum mengumumkan senarai pemain untuk menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman, pada 22 dan 26 Mac ini.

"Tunggu pengumuman kerana isu kita sekarang ini, liga tak bermula, dan bermula pada bulan lima.



"Jadi ini ada kekangan untuk (barisan kejurulatihan) pasukan kebangsaan untuk panggil kerana pasukan tengah bercuti, dan ada pasukan yang baru bermula latihan.

"Sebab itu KPG (Kim Pan-gon) tengah melihat dan saya rasa KPG dan barisan (jurulatih) sudah menghubungi semua kelab-kelab untuk dinilai. Mungkin ini atau minggu depan keputusan akan diputuskan," katanya.

Selepas beraksi di Piala Asia di Qatar pada bulan lalu, skuad Harimau Malaya dijadual mengharungi satu lagi ujian getir di pusingan Kelayakan Piala Dunia bulan depan.

Ketika ini anak buah Pan-gon dilandasan tepat untuk melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dan layak automatik ke Piala Asia 2027 selepas memungut enam mata maksimum daripada dua aksi peringkat kumpulan kelayakan sebelum ini.

Dua aksi dengan Oman masing-masing di Muscat dan di Bukit Jalil bakal menjadi perhatian di mana jika Malaysia berjaya mengutip mata, bayangan untuk ke peringkat berikutnya bakal menjadi kenyataan, dengan baki dua lagi aksi menunggu pada Jun ini menentang Taiwan dan Kyrgyzstan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-kpg-perlukan-masa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list