View: 5619|Reply: 2
|
“Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami, Saya Tidak Nampak Dia Berkemampuan” – Abby Abadi
[Copy link]
|
|
Agak lama mendiamkan diri di sebalik kekecohan kontroversi yang melibatkan anak gadisnya Marissa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai situasi itu.
Ujar Abby, lelaki yang dikaitkan dengan Marissa iaitu Aslam bukanlah seorang lelaki yang layak menjalani kehidupan poligami.
"Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami, saya tidak nampak dia berkemampuan".
Perkara itu diberitahu ketika sesi temu bual Abby bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.
Kongsi Abby lagi, dia ada bertemu dengan Aslam namun segalanya tidak berjalan dengan lancar kerana kurang senang dengan pilihan Marissa untuk bernikah di usia yang muda.
"Keluarga tidak tahu Marissa berhubung dengan Aslam. Anak yang saya jaga dari kecil, dahulunya saya nampak tidak seperti sekarang."
"Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan dia berubah 360 darjah. Kami sehabis baik menjaga dia. Tidak tahu kenapa dia boleh melakukan perkara sampai tahap begini. Ini di luar jangkaan saya dan papanya (Norman)."
Terdahulu, nama Marissa menjadi sorotan warga maya setelah dia didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga bergelar suami orang di Songkhla, Thailand.
Perkara itu turut disahkan kakak ipar kepada Aslam.
SUMBER : Instagram/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang pun tahu yg aslam Tak mampu beristeri Dua... Termasuk diri aslam sendiri. Masaalah nya anak ko yg tergila2 nak kawin dgn aslam. Anak ko yg ajak aslam kawin. Ko pegi lah bagitau Anak ko. Tak payah Bagitau semua org. Bagitau Anak ko...
Ada faham? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti aku cakap ada yang kata enabler pulak. Jangan risau kak bee.. kalau x ada jodoh lagi berderet tunggu anak akak |
|
|
|
|
|
|
| |
|