CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7178|Reply: 20

Cerpen : Derita Kata

[Copy link]
Post time 5-3-2011 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kekcoklatash at 11-3-2011 13:44

“Benda ini dah lama berlalu.Kenapa baru sekarang nak ungkit balik?Kalau betul dia nak betulkan kesalahan, kenapa dia tak betulkan 13 tahun dulu?Dan kenapa, kenapa mesti engkau yang datang?”tutur Shafinaz tenang.


Asap kopi berkepul-kepul di udara.Memenuhi setiap inci ruang kegelisahan antara mereka.Tetamu di hadapan Shafinaz ini bukan calang-calang orangnya.Bukan sembarangan orang yang kalau boleh Shafinaz langsung tidak
mahu melayannya tetapi tetamu yang hadir dengan cara yang baik perlu dilayan dengan baik juga.Walaupun tetamu itu ialah madunya sendiri.


“Itu sebelum Abang Hanif jumpa dengan bukti-bukti ini.Bukti yang berjaya membersihkan nama baik akak dan sekaligus membuktikan yang Kak Naz langsung tidak bersalah.Abang….”


“Jadi,” pintas Shafinaz sebelum Ailin dapat menghabiskan ayatnya.”Apa yang boleh benda ni buat? Bolehkah bukti itu menghilangkan keperitan dalam hati aku ini?Bolehkah bukti itu ubah segala-galanya?Supaya aku mampu hidup bahagia. Tidak lagi ditemani dengan derita yang berpanjangan?Tak bolehkan?Aku mahu kehidupan aku dan Abang Hanif seperti masa kami mula-mula berkahwin dahulu.Gembira, harmoni.Penuh dengan gelak tawa.Mengimpikan untuk kekal bersama-sama sehingga tua.Mampu ke engkau berikan semua itu?Mampu ke?”MataShafinaz mulai digenangi air mata.Episod hidupnya sangat pedih untuk diingat semula, terlalu menyakitkan hati.Ibarat luka yang dicurahkan dengan pasir.


********************************************************************************************



      
Macam nak tercabutjantungnya tatkala matanya melihat adegan itu.Dia kaget.Tidak tahu apa yang sewajarnya dia lakukan.Tangannya tidak lepas daripada memegang tombol pintu itu.Dia terpacak di hadapan kamarnya sendiri menjadi penonton kepada aksi yang memualkan itu.Loya tekaknya apabila melihat dengan matanya sendiri aksi seks suaminya dengan seorang wanita yang cukup dipercayai.Berulang kali dia beristighfar, mengharapkan kepada Allah supaya apa yang dilihatnya ini hanyalah suatu mimpi ngeri.


Sehinggalah sendu tangisnya mulai kedengaran, barulah pasangan itu berhenti daripada melakukan aktiviti mereka.Riak muka mereka sudah dapat digambarkan.Terkejut.Sekurang-kurangnya itulebih baik daripada mereka tidak mengendahkan kehadirannya.


“Sayang,” Itu sahaja yang terpacul daripada mulut Hanif.


Hanif bingkas bangun, mencapai seluarnya lalu segera mendapatkan Shafinaz yang masih termangu-mangu di hadapan bilik itu.


Shafinaz dipeluknya erat.Air mata jantan mula bercucuran keluar.Hilang semua keegoan dan maruah di depan isterinya itu.Diri Shafinaz yang masih tidak dapat menerima hakikat ini, kaku di dalam pelukan Hanif.Hanya esakan kecil yang kedengaran.Yang mengambil alih keadaannya sekarang.


Ailin, gadis 27 tahun merangkap setiausaha Hanif berulang kali meminta maaf.Tiada apa yang lain keluar daripada Ailin melainkan ungkapan maaf yang sangat diperlukannya daripada isteri majikannya itu.


“Baliklah dulu.We’ll talk about this later,” Ringkas sahaja arahan Hanif.


Selepas sahaja Ailin pulang,Shafinaz melepaskan dirinya dari pelukan Hanif.Dia menuruni tangga lalu menuju ke ruang tamu.Bagasi yang dibawanya semasa dia baru sampai ke rumah itu,ditinggalkan begitu sahaja.Penat memandu berseorangan dari Kedah atas urusan kerja masih belum hilang, kini ditambah lagi dengan bebanan istimewa daripada suaminya.


Hajah Hamidah yang sudah pun berada di ruang tamu, menyambut menantunya itu.Naluri tuanya cepat mengesan kejadian buruk ini apabila melihat Ailin keluar daripada rumah mereka.Dengan tudung yang serabut dan pakaiannya yang tidak terurus, sesiapapun pasti mengetahuinya juga.


Shafinaz tidak mampu untukmengeluarkan sebarang suara.Tangisannya diluahkan kepada Hajah Hamidah sehinggalah dia sendiri bangun kemudian menguncikan dirinya sendiri di dalam bilik tetamu.Hanif pula hanya memerhatikan dari tangga sahaja sementelahan mendapat isyarat mata dari uminya.


Hari-hari berlalu dengan penuh dingin dan senyap sekali.Hanif masih tidak berputus asa untuk memujuk isteri kesayangannya itu untuk keluar.Saban hari, pulang sahaja dari pejabat, dia terus mulakan misi untuk menambat kembali hati si pujaan hidup.Begitu murahkah hati wanita sehingga begitu senang untuk dipujuk dan diraih semula?


Sampailah saat itu, Shafinaz keluar lalu meminta agar Hanif pulang awal supaya mereka dapat berbincang.Berita itu melegakan Hanif.Dia yakin Shafinaz sudah mula berlembut hati.


“Sekarang Naz bagi abang peluang untuk jelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku,”perlahan Shafinaz tuturkan sambil menatap wajah si suami yang menjanjikan bulan dan bintang kepada dia suatu ketika dahulu.


“Abang……..Abang, tak tahu macam mana nak ceritakan pasal semua ini.Tapi sayang kena percaya yang abang dan Ailin tak bersalah,”


“Jadi, Nazlah yang salah ya?Salah Naz sebab tinggalkan abang atas tuntutan kerja?Salah Naz sebab biarkan abang keseorangan dalam tempoh sebulan ni,macam tu?Abang kena ingat, yang bukannya Naz suka-suka nak tinggalkan abang, malah abang sendiri yang dah bagi izin dekat Naz.Jadi,kenapa abang buat Naz macam ini?”


“Sayang, please.You need to trust me.I’m innocent.Lepas sayang kuncikan diri, abang terus pergi buat ujian darah.Abang tahu, bunyinya macam gila kan?Tapi Naz kena percayakan abang.Abang bawa Ailin sekali untuk pergi buat ujian tu.Sebab malam sebelum tu, kami ada meeting dengan Datuk Rizal.Sayang tahukan perangai Datuk Rizal tu macam mana.Dia kaki perempuan.Dia dah lama nak kenakan abang.And this time, he wins.”


“Abang nak kata yang abang pun dah bertukar jadi kaki perempuan juga ke?”potong Shafinaz.


“Bukan, bukan itu maksud abang.Tapi pendek kata, Datuk Rizal dah masukkan dadah dalam makanan abang dan Ailin.Dadah untuk merangsang nafsu.Malam itu jugak, driver Datuk Rizal yang hantar kami pulang dengan kereta abang sebab kami dah…………………”


Hanif tidak sanggup lagi untuk meneruskan bicara.Dia tertunduk malu.Masing-masing senyap dan mula melayan perasaan sendiri sebelum Shafinaz meneruskan perbualan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2011 11:58 PM | Show all posts
“Baiklah, kalau macam tu, satu saja yang abang boleh buat untuk tebus kesalahan itu.”
Shafinaz berhenti sejenak sebelum menerurskan percakapannya.
“Kahwinlah dengan Ailin.Naz percaya yang abang mampu berlaku adil terhadap kami berdua.”

        “What?Shit!Naz tak percaya cakap abang ke?Takkan Naz nak suruh abang kahwin dengan Ailin?She’s my secretary and will always be.Naz jangan nak balas dendam dengan cara ini.Abang tak benarkan!”
Api kemarahan mula tercetus dalam diri Hanif.Tidak senang duduk dibuatnya setelah mendengar permintaan isteri kesayangannya itu.
       
        “Bang…”Shafinaz melembutkan suara.”Naz percaya akan abang.Naz percaya dengan semua yang abang katakan itu.Naz tahu yang abang tak akan sesekali mencurangi Naz.”
Air mata yang hangat dirasakannya di pipi pantas diseka.

        “Naz minta perkara ini sebab Ailin.Dia budak baik.She’s innocent at all.Kita tak patut dan tak berhak langsung untuk musnahkan masa depan dia.”

        “Apa yang awak merepek ni?Masa depan apa pula ni?Dia tiada kaitan langsung dengan isu ini,”Hanif betul-betul bengang.Sangkanya shafinaz mempercayainya dan perkara ini akan dilupakan.Tetapi lain pula yang terjadi.Disuruhnya dia mengahwini Ailin.Biar betul.
“Nampak sangat kau meragui aku, Shafinaz”getus hati Hanif.

        “Abang, abang sendiri tahu yang abang dah ragut mahkota Ailin.Mahkota yang hanya layak diperoleh oleh suaminya sahaja.Mana dia nak letak muka kalau mak ayah dia dapat tahu.Lelaki mana lagi yang hendak ambil Ailin sebagai isteri mereka kalau mereka dapat tahu yang Ailin dah tak suci lagi?Tolonglah bang.Naz minta sangat-sangat dengan abang.If I was in her shoe, I want you to act the same way too,”

        “Fine ! Kalau itu yang kau nak, aku akan tunaikan!”Bentak Hanif yang sudah semkain panas dengan tindakan isterinya itu.

        Fikir Shafinaz, Hanif sudah memahami niat sebenarnya yang tidak sanggup melihat Ailin menanggung malu memandangkan Ailin dan suaminya diperangkap, tetapi di benak fikiran Hanif, isterinya sudah meragui kesetiannya dan sengaja mencipta peluang untuk menyakitinya.Kepercayaan Hanif terhadap isterinya sudah semakin rapuh dan terhakis atas hajat Shafinaz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 11:59 PM | Show all posts
“Kalau kau nak bermain, aku pun boleh bermain juga,”
Hanif mula merangka idea jahat di dalam mindanya.Idea bagi menyeksa Shafinaz secara psikologi yang sudah tentu dia akan rasa begitu terdera.

        Hati Shafinaz dipagut kerinduan.Rindu yang membara akan sang suami yang sudah hampir sebulan tidak ditemuinya sejak daripada hari pertunangan Hanif dan Ailin lagi.Sesak rasanya hati dia apabila saban hari dia menunggu tetapi kelibat satu-satunya orang yang dicintainya tetap juga tidak kelihatan.

        Bahagiakah abang?Sudah lupakah abang kepada Naz?Kenapa diri ini masih tidak dikunjungi oleh dirimu?Janganlah seksa Naz macam ini,Naz tak berdaya bang.

        Rumah tangga yang dibina Shafinaz dan Hanif sudah mula melalui fasa kemerosotan.Masjid yang dibina hanya mampu untuk bertahan selama 2 tahun sahaja.Alangkah bodohnya diri ini kerana tidak mampu untuk mengekalkan perkahwinan ini seperti yang diimpikan.Mungkin perkahwinan yang bahagia untuk selama-lamanya hanya layak dimiliki oleh orang lain, orang yang lebih suci daripada dirinya.Mungkinkah?

        Namun, apabila Hanif sudah pulang, dia bukan lagi Hanif yang pernah Shafinaz kenal dahulu.Dia bukan lagi lelaki yang sama yang telah Shafinaz jatuh cinta.Dia bukan lagi lelaki yang membahagiakan Shafinaz, hanya menyakitinya sahaja.Setiap kali Hanif pulang ke rumah,lagaknya seperti pulang ke hotel sahaja.Shafinaz diperlakunya seperti orang gaji.Ditempik sesuka hati sekiranya arahan yang diberikan tidak dilaksanakan oleh Shafinaz.Kata-kata makian dan cercaan yang menusuk jiwa nurani seorang wanita menjadi santapan harian Shafinaz.

        “Perempuan macam kau ni memang jahanam.Patutlah mak ayah kau pun tak mahu engkau.Nasib baik diaorang buang kau kat dalam tong sampah, kalau tak hidup diaorang mesti rosak macam aku sekarang.Perempuan sial !Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku,”

        “Abangkan dah janji yang abang takkan ungkit asal-usul Naz lagi.Kenapa abang seksa Naz macam ini.Naz isteri abangkan?”luah Shafinaz sambil teresak-esak menahan tangisannya.

        Hari-harinya kini dilalui ditemani dengan air mata sahaja.Badannya tampak sangat kurus akibat permasalahan emosi ini yang sangat mengganggu hidupnya.Tiada lagi senyuman ceria yang terukir manis di pipinya setiap hari.Tiada lagi wanita yang bersemangat untuk bekerja.Tiada lagi gembira yang wujud di dalam kamus hidupnya.

        Berita Shafinaz dibuang kerja tersebar luas dalam syarikat itu.Pekerja-pekerja di situ sudah sedia maklum akan keadaan Shafinaz.Malah dengan prestasi kerja Shafinaz sendiri mereka sedar bahawa Shafinaz pasti akan dilucutkan jawatannya dek prestasi kerja yang semakin teruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 12:00 AM | Show all posts
Mujurlah Encik Ikhmal, majikan Shafinaz prihatin dengan permasalahan Shafinaz.Dia bercadang mahu melawat Shafinaz sekaligus memberitahu bahawa Shafinaz dibenarkan mengambil cuti selama seminggu untuk menyelesaikan masalahnya sebelum kembali menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan produktif.Meskipun cara ini nampak tidak adil kepada sesetengah pekerja di syarikat, lebih-lebih lagi pekerja yang bakal menyandang jawatan Shafinaz selepas diberhentikan, namun Ikhmal percaya semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, lebih-lebih lagi dengan kondisi Shafinaz.Dengan rekod cemerlang yang dipegang oleh Shafinaz, dia sendiri ralat untuk melepaskan Shafinaz hanya kerana akibat masalah rumah tangganya.

        Melihatkan salamnya tidak bersambut, Encik Ikhmal cuba menelefon Shafinaz.
“Hello, saya ada di depan rumah Naz ni.Naz tiada di rumah ke?”

        Shafinaz yang agak mamai kerana tidurnya terganggu terus menyuruh Encik Ikhnal masuk sahaja memandangkan pintu rumah itu tidak dikunci dan memaklumkan bahawa dia ada di tingkat atas sekiranya Encik Ikhmal mahu berjumpa dengannya.

        Demam panas yang dihidapi oleh Shafinaz membuatkan fikirannya tidak mampu untuk berfikir secara rasional.Apa yang ada di dalam benak fikirannya hanyalah untuk menghilangkan sakit kepala yang semakin menyucuk-nyucuk.Lantas, dia kembali merebahkan diri di atas tilam di biliknya.

        Entah syaitan mana yang merasuk Ikhmal pada hari itu.nafsu berahinya memuncak tatkala terpandang Shafinaz yang sedang tidur di tingkat atas.Nafasnya menghembus deras melihat pekerjanya yang sedang berbaring itu tanpa dilitupi tudung di kepala seperti selalu.Tergoda dirinya melihat susuk tubuh Shafinaz yang seakan-akan memanggil dirinya untuk turut bersama di atas katil itu.

        Apabila syaitan mula menguasai segenap jiwa, ikhmal lantas mengambil keputusan untuk tunduk kepada si iblis celaka dan tidak mengendahkan nasihat malaikat yang tidak tega untuknya melihat anak Adam bergelumang dalam dosa.sekali lagi, syaitan bersorak kegembiraan pabila seorang lagi manusia tewas di tangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 12:00 AM | Show all posts
Malang tidak berbau.Sesungguhnya syaitan memang bijak merencanakan kehidupan manusia untuk terjerumus ke lembah kehinaan.Manusia dengan hanya sekadar iman nipis di dada pasti akan tumbang dikalahkan oleh syaitan lagi.Apatah lagi semasa amatah menguasai diri.

        Hanif memarkirkan keretanya di tepi jalan.Dia terpaksa meletakkan keretanya di situ kerana sebuah kereta yang asing baginya sudah mengambil tempat di belakang kereta Perdana milik Shafinaz.Hanif segera memasuki rumah tanpa mengesyaki apa-apa.Namun dia mulai hairan apabila tiada sesiapa kelihatan di ruang tamu.Kalau tetamu, sudah tentu tempatnya di ruang tamu.Mana lagi yang patut mereka pergi?

        Malas untuk mengambil peduli, Hanif berjalan menuju ke bilik tidurnya.Selangkah demi selangkah menaiki tangga itu tanpa mengesyaki apa-apa pun.Seprti déjà vu, kali ini dia pula yang menyaksikan lagak Shafinaz bercumbu-cumbuan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

        Darah menyelinap ke kepala.Berang sungguh dia, seperti mahu menerjah masuk ke dalam bilik itu dan menyiat-nyiat kulit isterinya.
“Bodoh!Berani kau buat macam ni dekat aku?Cakap saja yang kau memang nak macam ini dari awal.Cakap saja yang kau dah ada lelakilain,Tak payah kau nak babitkan aku dengan Ailin.Perempuan sundal!Kau memang pandai cari peluang,”marah Hanif di dalam hati.Mukanya berkerut-kerut menahan marah, tidak mahu kehadirannya disedari oleh isterinya kerana dia mempunyai perancangan yang lebih bagus.

        Dia mengambil beberapa gambar sebagai bukti dan terus masuk ke dalam bilik tidurnya lantas menjatuhkan lafaz cerai talak 3 kepada Shafinaz.Shafinaz dan Ikhmal masing-masing tersentak.Shafinaz bingung, keliru dengan apa yang telah berlaku sehinggalah dia mengerti keadaan sebenar setelah melihat keadaannya dan Ikhmal di atas katil.Rasa dirinya begitu kotor, seolah-olah telah menjadi insan yang paling hina di dalam dunia.Lebih jijik daripada haiwan.

Sekali lagi, hanya tangisan yang memujuk hatinya yang lara.Hukuman telah dijalankan, tiada gunanya dia cuba mempertahankan dirinya.Hanya akan disambut dengan pandangan serong dan senyuman sinis.Tidak cukup diceraikan dengan talak tiga, gambar-gambar yang diambil oleh Hanif tadi telah dihantar kepada ibu bapa angkatnya di Johor.Sengaja ingin mencetuskan ketegangan antara mereka.Biar Shafinaz ditinggalkan keseorangan di dunia.Biar dia sengsara sampai mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 12:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by kekcoklatash at 11-3-2011 13:46

“Jangan kau sedih duhai si hati.Anggaplah semua ini dugaan Allah semata-mata yang mengasihi kita.Bangkitlah kembali.Jangan lemas di dalam lautan kesedihan.Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Engkau wanita yang kuat Shafinaz.Pedulikan cercaan orang dan mulakan kehidupan yang baru.Ya, itu yang kau perlukan,”

Tidak lagi mahu menjadikan sejarah kegagalannya sebagai satu halangan, Shafinaz lantas berdiri semula.Biarlah mulut orang yang berkata, masakan boleh ditutup seperti mulut tempayan.

Dan kini, setelah hampir 2 tahun peristiwa hitam itu mewarnai hidupnya, dia bahagia dengan apa yang dimilikinya.Biarlah tidak semewah dahulu, tetapi jiwa batinnya tenang di kampung terpencil ini.Dia bebas untuk membuat apa sahaja.Hubungan mesra dengan penduduk kampung di situ benar-benar mengubati lukanya meski masih ada parut yang tertinggal.Hidup berseorangan pun menjanjikan sebuah kehidupan yang gembira juga.Tidak perlu berduka seperti dulu kala.

***************************************************************************************************************
        “Lin, baliklah.Katakan kepada Abang Hanif akak sudah memaafkannya dan bahagia di sini.Akak dah tak harapkan apa-apa dari dia.Seperti mana dia buang akak dari hidup dia, akak pun dah belajar untuk hidup tanpa dia.Balik sajalah,”Pendek sahaja bicaranya lantas meninggalkan Ailin keseorangan di ruang tamu itu.

<<<<<TAMAT>>>>>

cubaan pertama..
komen and kritikan anda dialu-alukan..
mekasih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2011 12:18 AM | Show all posts
baca esok
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 05:23 PM | Show all posts
JALAN CITE YG MENARIK TP...TAK DE SAMBUNGAN LG KE..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 09:37 AM | Show all posts
hati wanita, bila telah dilukai payah untuk sembuh semula..

-karya yg ada mesej
-sila buat editing sebelum post, banyak perkataan tak dijarakkan..mematikan mood nak baca
-teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 8# yuri_katrina


   setakat ni, x fikir pula nak buat sambungan..mungkin nnt kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 9# mijot


   thanks for the comments..   x biasa nak post thread..
   sbb tu jadi  macam tu..
next time, insyaAllah better..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:35 PM | Show all posts
nak lagiiiii~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 08:09 PM | Show all posts
yaay..dapat kredit..tq2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 10:10 PM | Show all posts
hermmm
sampai macam itu sekali dendam lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply 13# kekcoklatash


    dah abis ke? jgn lupa letak TAMAT ye... kalau abis... nnti keliru bila Mod
nak berbahagi tacang cedap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2011 01:48 PM | Show all posts
Reply 15# Jaza2008

noted...
da edit dah..
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:36 AM | Show all posts
Jalan cerita yang menarik tapi boleh dipanjangkan lagi dipertengahan citer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 03:01 PM | Show all posts
sedih citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:03 PM | Show all posts
nice one!
syahdu nyer....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.304024 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list