View: 28148|Reply: 6
|
[Tempatan]
Ahli Parlimen Padang Serai mohon maaf tersalah sebut nama Agong
[Copy link]
|
|
Azman membuat permohonan maaf dan berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan - Foto/Tangkap layar YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana salah menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ia selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian, dengan menyifatkan kesalahan berkenaan sebagai amat serius.
"Pada semalam 28 Februari 2024 semasa berucap, Yang Berhormat (YB) Padang Serai telah salah menyebut nama Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Kesalahan ini amat serius kerana ia diucapkan dalam dewan. Saya sebagai Speaker yang bertanggungjawab, tidak kira sebelah kiri atau sebelah kanan mesti bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang telah YB sebut.
"Untuk itu, saya dengan ini memerintahkan YB bangun, dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Susulan arahan tersebut, Azman kemudian bangun dan membuat permohonan maaf serta berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.
"Terlebih dahulu, saya saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kekhilafan dan kesilapan saya semasa menyampaikan ucapan saya petang semalam.
"...kerana telah menyebut Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
"Sepatutnya Ke Bawah Duli Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya berikrar, kekhilafan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa depan," ujar beliau.
Dalam masa sama, Johari turut mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen agar berhati-hati menuturkan kata-kata terutama membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik melayu jikalau b cina ataupun b India mesti sudah di suruh balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa filling in forms yg memerlukheun first name(family name) and last name kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebut nama terbalik ke? Tp mereka mmg agak mengelirukan sbb ulang2 balik nama yg sama je kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tersalah sebut ke atau mmg btl2 x Tau. Kalo btl2 x Tau ni mmg da sejenis ignorance level dewa da ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 1-3-2024 07:53 AM
Sebut nama terbalik ke? Tp mereka mmg agak mengelirukan sbb ulang2 balik nama yg sama je kan
Nama deme ulang2 sbb tradisi brf mcm tu.. bezanya brf lagi byk choice nama berbanding nama melayu..
Iols tak rasa menda besaq.. lain la kalau dia panggey nama lain.. takat tertukar 1st name and surname, apedehal sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu bukti bahawa ahli2 parlimen PN kbnyakanya lobai2 rempit kelas belakang.
Melayu pun 2x5 bodoh dok undi bangsat2 ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|