View: 30917|Reply: 180
|
Bekas Madu Miera Liyana Puas Hati Menang Kes Nusyuz - "Bila Sudah Ditolak Ini Membuktikan Adibah Bukan Isteri Derhaka"
[Copy link]
|
|
BEKAS madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib akhirnya mampu menarik nafas lega apabila tuntutan nusyuz dibuat oleh bekas suami, Rosland Othman ditolak mahkamah.
Peguam mewakili Adibah iaitu Mohd Junid Ramli memaklumkan Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin membuat keputusan itu selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
"Alhamdulillah memihak pada Adibah, maknanya sabitan nusyuz oleh pihak plaintif ditolak.
"Bila sudah ditolak ini membuktikan Adibah bukan isteri derhaka seperti didakwa plaintif," katanya ketika dihubungi mStar.
Nusyuz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.
Dalam pada itu, Adibah bersyukur menerima keputusan itu kerana secara tidak langsung membuktikan dia tidak pernah derhaka terhadap bekas suami.
"Alhamdulillah terbukti saya tidak nusyuz, hakim kata sebab tiada usaha daripada pihak plaintif untuk isu kembali taat, itu yang saya ingat.
"Semoga Allah permudahkan semua tuntutan saya selepas ini sebab saya yakin berada di pihak yang benar.
"Saya cuma mahu tuntut hak saya, tiada niat nak malukan sesiapa," katanya.
Berpuas hati menerima keputusan mahkamah itu, Adibah berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada dua kes lain iaitu tuntutan nafkah dan kes hadanah.
"Sangat gembira dan puas hati dengan keputusan hakim. Selepas ini saya boleh move on dan fokus pada tuntutan lain yang belum selesai iaitu hadanah dan tuntutan nafkah.
"Dengan pengumuman keputusan mahkamah ini, saya harap tanggapan masyarakat terhadap saya berbeza dan nama saya juga sudah bersih daripada dakwaan tersebut," ujarnya.
Untuk rekod, Adibah, 51, dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Mereka bagaimanapun berpisah pada 3 Ogos tahun lalu dengan talak satu.
Rosland bernikah dengan pelakon Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.
Sumber : Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki2 bodoh jer yg x sudah2 meratib bini nusyuz ke sana ke mari.
asal bini keluar rumah tanpa izin jer dah bagi label nusyuz.
yg laki tak balik2 rumah & abai anak bini tu kira apa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
laki buat hal tp nk tuduh bini nusyuz cit moga akak ni dpt nafkah dan harta sepencarian selayaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pompuan dipanggil nusyuz
laki dipanggil ape? dayus kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah akak. sy support akak. lelaki jgn la bila dh tua buat wife mcm kain buruk yea. sng2 kau nk ceraikan sbb pucuk muda. walaupn talak di tangan laki, dan isteri mmg x blh nk buat apa2 klu suami mmg dh xnk... sedih btl rse mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
you go girl |
|
|
|
|
|
|
|
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 1-3-2024 11:42 AM
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife..
di hari Jumaat yg barokah ni I Aamiin kan doa you...Move forward Kak Deeb..Allah ada bersama2mu |
|
|
|
|
|
|
|
dgn kemenangan kes ini, maka tuntutan2 harta sepencarian etc tu insyaallah akan berjaya. di hari Jumaat ni, iols doakan kemenangan kat ex wife. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, berita gembira buat kak Deeb dan anak2.
Moga dipermudahkan urusan seterusnya - hadhanah, harta sepencarian dll |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 1-3-2024 11:33 AM
kalau pompuan dipanggil nusyuz
laki dipanggil ape? dayus kah?
Lelaki pun ada istilah nusyuz sis.. Kita sbg wife pun boleh file kn suami nusyuz dlm court |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...
jadi betul la selama ni ex suami dia block number dia? sekat sebarang komunikasi, then acah2 bini pulak yg buat perangai dan tak taat pada suami? pundekkk punyer lelaki..rasain lo |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tuntutan yg lain berjaya. tuntut semua yg layak puan Deeb |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm perasan berita ni tp awat tak tular?
Nak sgt baca komen2 lelaki yg suka guna perkataan nusyuz ke hulu ke hilir dia ingat semudah tu je nk tuduh2
Hakim yg akan tentu kan nanti bkn korang yg mandai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang happy, semoga selepas ni menang segala tuntutan dan bolehlah teruskan hidup dengan bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahhhhh madu...
for miera good luck dgn jantan redflag |
|
|
|
|
|
|
|
as usual...mak mertua jadi pengiring menantu kesayangan |
|
|
|
|
|
|
|
i checked komen2 kat IG and one news post kat FB, mostly perempuan je yg komen ucap tahniah and kesyukuran buat kak deeb. tak perasan komen lelaki lain sangat. Deme krik2 kot, dah laki kalah nak sabitkan isteri pertama nusyuz.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh puhhlisss si tanah ros ni pun da nak bau2 tanah pastu si mak recel jawa x payah feeling sangat jadi bini terpalingg entitled..nampak x ex madu ko lagi berhak hidup bahagia walaupun dia x penah derhaka dengan ex laki..
ko je yang takut dengan bayang2 sendiri..yihhh feeling betul namakan anak recel x padan macam muka anak tukang petik sawit |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 1-3-2024 11:42 AM
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife..
Aamiin aamiin aamiin.. doa org teraniaya biasanya Allah angkat, takde hijab. |
|
|
|
|
|
|
| |
|