CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29118|Reply: 181

Bekas Madu Miera Liyana Puas Hati Menang Kes Nusyuz - "Bila Sudah Ditolak Ini Membuktikan Adibah Bukan Isteri Derhaka"

  [Copy link]
Post time 1-3-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode






BEKAS madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib akhirnya mampu menarik nafas lega apabila tuntutan nusyuz dibuat oleh bekas suami, Rosland Othman ditolak mahkamah.


Peguam mewakili Adibah iaitu Mohd Junid Ramli memaklumkan Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin membuat keputusan itu selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.






"Alhamdulillah memihak pada Adibah, maknanya sabitan nusyuz oleh pihak plaintif ditolak.


"Bila sudah ditolak ini membuktikan Adibah bukan isteri derhaka seperti didakwa plaintif," katanya ketika dihubungi mStar.


Nusyuz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.


Dalam pada itu, Adibah bersyukur menerima keputusan itu kerana secara tidak langsung membuktikan dia tidak pernah derhaka terhadap bekas suami.


"Alhamdulillah terbukti saya tidak nusyuz, hakim kata sebab tiada usaha daripada pihak plaintif untuk isu kembali taat, itu yang saya ingat.


"Semoga Allah permudahkan semua tuntutan saya selepas ini sebab saya yakin berada di pihak yang benar.


"Saya cuma mahu tuntut hak saya, tiada niat nak malukan sesiapa," katanya.


Berpuas hati menerima keputusan mahkamah itu, Adibah berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada dua kes lain iaitu tuntutan nafkah dan kes hadanah.








"Sangat gembira dan puas hati dengan keputusan hakim. Selepas ini saya boleh move on dan fokus pada tuntutan lain yang belum selesai iaitu hadanah dan tuntutan nafkah.


"Dengan pengumuman keputusan mahkamah ini, saya harap tanggapan masyarakat terhadap saya berbeza dan nama saya juga sudah bersih daripada dakwaan tersebut," ujarnya.


Untuk rekod, Adibah, 51, dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.


Mereka bagaimanapun berpisah pada 3 Ogos tahun lalu dengan talak satu.


Rosland bernikah dengan pelakon Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 11:24 AM | Show all posts
lelaki2 bodoh jer yg x sudah2 meratib bini nusyuz ke sana ke mari.
asal bini keluar rumah tanpa izin jer dah bagi label nusyuz.
yg laki tak balik2 rumah & abai anak bini tu kira apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:32 AM | Show all posts
laki buat hal tp nk tuduh bini nusyuz cit moga akak ni dpt nafkah dan harta sepencarian selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:33 AM | Show all posts
kalau pompuan dipanggil nusyuz
laki dipanggil ape? dayus kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah akak. sy support akak. lelaki jgn la bila dh tua buat wife mcm kain buruk yea. sng2 kau nk ceraikan sbb pucuk muda. walaupn talak di tangan laki, dan isteri mmg x blh nk buat apa2 klu suami mmg dh xnk... sedih btl rse mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:42 AM | Show all posts
you go girl
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 1-3-2024 11:42 AM
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife..

di hari Jumaat yg barokah ni I Aamiin kan doa you...Move forward Kak Deeb..Allah ada bersama2mu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 11:50 AM | Show all posts
dgn kemenangan kes ini, maka tuntutan2 harta sepencarian etc tu insyaallah akan berjaya. di hari Jumaat ni, iols doakan kemenangan kat ex wife.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:51 AM | Show all posts
Alhamdulillah, berita gembira buat kak Deeb dan anak2.
Moga dipermudahkan urusan seterusnya - hadhanah, harta sepencarian dll
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 1-3-2024 11:33 AM
kalau pompuan dipanggil nusyuz
laki dipanggil ape? dayus kah?

Lelaki pun ada istilah nusyuz sis.. Kita sbg wife pun boleh file kn suami nusyuz dlm court
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:56 AM | Show all posts
Tahniah...
jadi betul la selama ni ex suami dia block number dia? sekat sebarang komunikasi, then acah2 bini pulak yg buat perangai dan tak taat pada suami? pundekkk punyer lelaki..rasain lo
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:56 AM | Show all posts
semoga tuntutan yg lain berjaya. tuntut semua yg layak puan Deeb
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm perasan berita ni tp awat tak tular?
Nak sgt baca komen2 lelaki yg suka guna perkataan nusyuz ke hulu ke hilir dia ingat semudah tu je nk tuduh2
Hakim yg akan tentu kan nanti bkn korang yg mandai2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang happy, semoga selepas ni menang segala tuntutan dan bolehlah teruskan hidup dengan bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:09 PM | Show all posts
tahniahhhhh madu...

for miera good luck dgn jantan redflag
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 12:11 PM | Show all posts
as usual...mak mertua jadi pengiring menantu kesayangan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:19 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-3-2024 11:56 AM
Smlm perasan berita ni tp awat tak tular?
Nak sgt baca komen2 lelaki yg suka guna perkataan nusyuz k ...

i checked komen2 kat IG and one news post kat FB, mostly perempuan je yg komen ucap tahniah and kesyukuran buat kak deeb. tak perasan komen lelaki lain sangat. Deme krik2 kot, dah laki kalah nak sabitkan isteri pertama nusyuz.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:19 PM | Show all posts
oh puhhlisss si tanah ros ni pun da nak bau2 tanah pastu si mak recel jawa x payah feeling sangat jadi bini terpalingg entitled..nampak x ex madu ko lagi berhak hidup bahagia walaupun dia x penah derhaka dengan ex laki..

ko je yang takut dengan bayang2 sendiri..yihhh feeling betul namakan anak recel x padan macam muka anak tukang petik sawit
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 1-3-2024 11:42 AM
Smoga hidup kau dgn penyondol x berkat sbb aniaya ex wife..

Aamiin aamiin aamiin.. doa org teraniaya biasanya Allah angkat, takde hijab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081715 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list