CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3982|Reply: 0

[Sarawak] Karnival Hari Terbuka At-Taqwa 2024 sarat pengisian

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode


Ceramah berkaitan dadah yang diadakan sempena Karnival Hari Terbuka At-Taqwa 2024 hari ini.

BINTULU: Karnival Hari Terbuka At-Taqwa 2024 yang diadakan di pekarangan Masjid At-Taqwa Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) (SPPS) Sebiew bermula hari ini padat dengan pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan.

Program pada Sabtu dan Ahad itu yang bermula jam 5 pagi hingga 11 malam akan membabitkan acara 'townhall belia bersama pemimpin, sukaneka, 'bikeshow' dan 'autoshow,' sukaneka rakyat, pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penjara, promosi pendidikan, pertandingan azan dan hafazan serta pertandingan memasak.

Selain itu, turut diadakan persembahan seni bela diri, solat Subuh macam Jumaat, ceramah daripada pihak Penjara dan AADK, pertandingan mewarna, melukis poster dan Explorace Ramadan Hunter serta At-Taqwa 'Bike Gathering'.

Ceramah mengupas tajuk 'Puasa Itu Sihat' sebagai persediaan menjelang bulan Ramadan turut diadakan yang disampaikan Pegawai Perubatan Nasa Fazira Mahmud.

Beberapa aktiviti menarik lain bakal diadakan sepanjang karnival tersebut yang merupakan anjuran bersama pengurusan masjid terbabit serta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan Islam, parti politik dan pelbagai lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.146201 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list