CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5671|Reply: 0

[Sarawak] Ketua-Ketua Bahagian PDP Wilayah Tengah gesa siasatan terhadap Bozz Jebat diteruskan

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode


Teo (depan, lima kiri) bersama Ketua-Ketua Bahagian PDP Wilayah Tengah semasa membuat laporan polis di Sibu, pada Jumaat.

SIBU: Ketua-Ketua Bahagian Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah menggesa pihak polis meneruskan siasatan terhadap Zool Amali Hussin atau Bozz Jebat yang didakwa menghina dan menfitnah Premier Sarawak dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi satu video tular, baru-baru ini.

Pengerusi PDP Bahagian Dudong Kaunselor Datuk Teo Boon Siew berkata, meskipun individu terbabit sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka tetapi siasatan dan tindakan undang-undang harus dijalankan.

"Kita sebagai orang Sarawak sangat tersinggung dengan apa yang dilemparkan oleh Zool dalam videonya yang tular di laman sosial.

"Setelah menonton video tersebut, kenyataannya itu disifatkan sebagai amat biadab dengan niat membahayakan (berasaskan perkauman) dan merosakkan reputasi YAB Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan YB Menteri Pelancongan Malaysia (Datuk Seri Tiong King Sing)," katanya di sini, hari ini.

Teo juga mahu pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap Zool dengan telus mengikut undang-undang sedia ada.

"Kita sudah maklum dengan permohonan maaf secara terbuka beliau tetapi ia tidak semudah itu. Siasatan mesti dijalankan. Ini juga sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak sesuka hati menabur fitnah yang boleh memburukkan orang lain," tegasnya.

Terdahulu pada Jumaat, Teo mengetuai Ketua-Ketua Bahagian PDP Wilayah Tengah yang terdiri Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan dan Nangka tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Lanang.

Beliau berkata, mereka membuat laporan itu untuk pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya ke atas Zool.
Pada Rabu lalu, video tersebut tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Zool mempertikai keputusan Abang Johari mempersetujui pelantikan Tiong sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam barisan kabinet persekutuan.
Pada Jumaat, Zool dikatakan telah membuat permohonan maaf menerusi laman sosialnya susulan kejadian tersebut.

Beliau mengakui kata-kata kesat yang ditujukannya kepada Abang Johari baru-baru ini agak keterlaluan.

Sementara itu, polis Sarawak berkata, setakat petang Jumaat sebanyak 45 laporan polis terhadap Zool diterima di seluruh negeri.

Kes dirujuk di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066967 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list