CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5667|Reply: 0

[Sarawak] 20 RAMD rai HTD Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:58 PM | Show all posts |Read mode


Pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera 20 RAMD merakamkan gambar kenang-kenangan pada upacara Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena HTD Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri pada Jumaat.

MIRI: Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) melaksanakan Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat (HTD) Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri pada Jumaat.

Menerusi hantaran di laman Facebook 20 RAMD Berjuang Berjaya memberitahu, perbarisan tersebut diketuai oleh Pegawai Rekod pasukan Leftenan Muhammad Shahrezal Che Nordin.

“Pada upacara berkenaan, Penolong Pegawai Memerintah Mejar Nor Hezri Hamzah membacakan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena HTD Ke-91 yang bertemakan ‘Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga’ kepada semua warga 20 RAMD.

“Dalam perutusan HTD Ke-91, Panglima Tentera Darat menekankan konsep sinergi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Metod yang merupakan elemen asas kepada pembangunan Tentera Darat Malaysia untuk menjadi angkatan yang ampuh, boleh dipercayai, seimbang dan mampu melaksanakan operasi dalam persekitaran pelbagai domain,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Di samping itu katanya, Panglima Tentera Darat menegaskan bahawa selain menjamin kedaulatan dan kemakmuran negara, Tentera Darat Malaysia yang juga merupakan Servant of State berperanan mendukung kesejahteraan rakyat menerusi operasi ketenteraan selain peperangan seperti bantuan semasa bencana alam dan Program Jiwa Murni serta bantuan kepada pihak berkuasa awam.

Terdahulu, menerusi hantaran lain, Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Mohd Firdaus M.Yatim dan seluruh warga 20 RAMD mengucapkan Selamat Menyambut HTD Ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat.

Tambahnya, semoga HTD Ke-91 yang disambut pada tanggal 1 Mac ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga angkatan tentera untuk terus cekal dan teguh dalam perjuangan demi menjaga kedaulatan tanah air tercinta.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062534 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list