CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4751|Reply: 0

Reaksi Haaland tanda bintang sukan hebat - Guardiola

[Copy link]
Post time 4-3-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Manchester City, Erling Haaland terlepas satu peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada babak pertama menentang Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester lewat malam tadi. – Foto premierleague.com

MANCHESTER, England: Pep Guardiola berkata, reaksi Erling Haaland selepas gagal menyudahkan satu peluang mudah pada babak pertama ketika Manchester City menang 3-1 ke atas Manchester United lewat malam tadi membuktikan kekuatan mental seorang bintang sukan hebat.

Pemain Norway itu entah bagaimana tersepak bola melepasi palang gol bila mana pintu gol ternganga luas susulan tandukan silang Phil Foden ke arahnya ketika United masih mendahului menerusi jaringan mengagumkan Marcus Rashford.

Foden menyelamatkan air muka rakan sepasukannya dengan menjaringkan dua gol untuk mengubah keputusan perlawanan sebelum Haaland menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol ke-28 musim ini pada masa kecederaan.

Haaland kelihatan kembali ke puncak prestasi apabila dia menyumbat lima gol ketika menang 6-2 aksi Piala FA di Luton pada pertengahan minggu lalu.



Reaksi Guardiola dengan wajah pucat susulan kegagalan Haaland selaras dengan jeritan tidak percaya di sekitar Etihad.

"Ia mungkin kegagalan paling buruk pernah saya saksikan di tahap ini," tulis bekas penyerang England, Gary Lineker dalam laman X. "@ErlingHaaland perlu menanduknya. Luar biasa."

Namun Guardiola berkata, reaksi Haaland sama seperti apa yang dilihatnya daripada beberapa bintang sukan ternama.

"Pemain hebat yang pernah saya temui mempunyai keupayaan luar biasa untuk melupakannya serta-merta," kata Guardiola.

"Ia menyakitkan, ya, tetapi (dia) perlu melupakannya secepat mungkin.

"Pemain bola keranjang terbaik, pemain golf, pemain tenis, mereka juga terlepas, setiap orang terlepas. Ok, senyum, positif dan harungi apa seterusnya dan ia menandakan mereka pemain hebat."

Kemenangan itu membolehkan City mengekori Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris, hanya satu mata di belakang The Reds menjelang pertembungan antara kedua-duanya di Anfield hujung minggu ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... kan-hebat-guardiola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081279 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list