CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7372|Reply: 0

Tierney tidak adili EPL hujung minggu ini

[Copy link]
Post time 5-3-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Pengadil Paul Tierney melayangkan kad kuning kepada pertahanan Liverpool, Andrew Robertson pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest di Nottingham Sabtu lalu. – Foto AFP

LONDON: Paul Tierney, yang menjadi tumpuan susulan kontroversi 'dropped ball' ketika perlawanan antara Nottingham Forest dan Liverpool Sabtu lalu, tidak akan mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Tierney berdepan kritikan selepas beliau gagal menganugerahkan 'dropped ball' kepada Forest dalam kawasan serangan selepas memberhentikan perlawanan kerana kecederaan kepala dialami pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate.

Forest berjaya mengawal bola semula selepas kesilapan Tierney, tetapi melepaskan gol pada minit ke-99 yang mencuri mata penting buat mereka dalam usaha mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Tierney sebaliknya dipilih sebagai pengadil bantuan video (VAR) bagi perlawanan Arsenal menentang Brentford Sabtu ini.


Sumber terdekat Professional Game Match Officials Ltd menegaskan Tierney tidak digugurkan.

Beliau seorang daripada sekelompok pegawai perlawanan yang sering beralih tugas daripada pengadil kepada VAR.

Bekas pengadil EPL, Mark Clattenburg, yang diambil Forest sebagai penganalisis pengadil, memberitahu BBC Radio 5 Live hujung minggu lalu: "Forest sepatutnya mendapat bola semula. Jika pengadil memberhentikan perlawanan, beliau perlu memberikannya semula kepada pasukan yang memegang bola. Forest memegang bola ketika itu.

"Apabila bola diberikan kepada penjaga gol, dengan Liverpool menjaringkan gol selepas itu, anda boleh faham kenapa Forest marah," kata Clattenburg.

"Saya belum bercakap dengan pengadil itu - saya akan membiarkan kelab melakukannya. Saya masuk ke bilik persalinan pengadil (selepas perlawanan itu) tetapi beliau (Tierney) tidak membenarkan saya bertemunya."

Tierney membuang padang jurulatih pasukan utama Forest, Steven Reid selepas beliau menceroboh padang sebaik wisel penamat untuk membantah.

Forest kemudian menafikan laporan pemilik kelab itu Evangelos Marinakis terpaksa dileraikan oleh pegawai keselamatan di terowong. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-hujung-minggu-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073904 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list