CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8054|Reply: 21

[Tempatan] Tiada lagi pegawai JPJ dalam kenderaan ketika ujian memandu

[Copy link]
Post time 5-3-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Tiada lagi pegawai JPJ dalam kenderaan ketika ujian memandu

https://www.malaysiakini.com/news/698275

Diterbitkan:  Mar 5, 2024 1:52 PM⋅
Dikemaskini: 2:14 PM







Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) bermula April ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pelaksanaan sistem itu akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan manakala prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera.



“Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian,” katanya selepas lawatan kerja ke institut memandu di Hulu Langat sempena pelaksanaan inisatif eTesting.

Pembangunan sistem eTesting diumumkan pada 2022 dan JPJ sebelum ini telah mula menguji sistem berkenaan dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Loke berkata buat masa ini calon-calon ujian memandu diberi pilihan untuk sama ada menjalani ujian biasa atau eTesting sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada 2030.



Menurut Loke, walaupun institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon yang memilih untuk menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa sebarang kos tambahan.

Beliau berkata calon hanya perlu membuat ujian ulangan melibatkan elemen yang gagal sahaja tanpa perlu mengulangi keseluruhan elemen ujian Bahagian II (seperti pelaksanaan ujian secara manual) selain akan diberi keutamaan dalam senarai tempahan ujian dan rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan.



Pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual selain meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik, katanya.

Pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual selain meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik, katanya.



Dalam pada itu Loke berkata kerajaan akan mula membenarkan institut memandu untuk membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis masing-masing untuk mengurangkan masa menunggu bagi calon ujian memandu.

Beliau berkata ia akan membolehkan calon untuk mengambil ujian undang-undang berkomputer dan ujian litar di tempat yang sama, sekali gus memudahkan mereka.

“Namun, institut memandu yang berhasrat untuk membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis mereka disyaratkan untuk juga menawarkan eTesting bagi ujian litar.



“Institut memandu boleh mula membuat permohonan bagi membuka Pusat Ujian KPP di premis mereka bermula April 2024. Institut memandu yang diluluskan akan diwajibkan untuk turut menyediakan sistem eTesting dalam tempoh satu tahun,” katanya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik jpj dulu bkn main kerek dulu. Last2 iols lulus juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah memang tengah buat lesen memandu untuk adik angkat Indonesian tu.

Ceramah dah pergi..tinggal ujian komputer kat myeg.

Harap2 lulus... aminn
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:36 PM | Show all posts
Aku dulu die siap cakap die hanya bagi 16/20 sbb die x nk bagi tinggi2 utk jalan raya.
Eh, boleh pulak. Sibbaik lulus
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana dengan keselamatan? Ada remote macam drone ke, untuk control the steering? If any unexpected incident happened, who knows?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-3-2024 07:04 PM
Alhamdulillah memang tengah buat lesen memandu untuk adik angkat Indonesian tu.

Ceramah dah pergi.. ...

Adik angkat lama2 terangkat ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 08:28 PM
Adik angkat lama2 terangkat ke?


Ye.......angkat dan lambung lambung

Doakan utk adik angkat meols ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-3-2024 08:37 PM
Ye.......angkat dan lambung lambung

Doakan utk adik angkat meols ye

Untung laaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara halus nak kurangkan penjawat awam...
Lagi satu dibuatnya hari tu sistem down ke apa, mcm mana nasib org yg tgh ambil ujian tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat ke bwk sorang2 kat jln raya

klu yg da cekap takpe la kena yg langsung tak biasa lg pastu ada darah gemuruh pulak tak ke naya nnt sodok org lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:39 PM | Show all posts
Edited by ardent91 at 5-3-2024 10:40 PM
MissYouSayang replied at 5-3-2024 09:02 PM
Cara halus nak kurangkan penjawat awam...
Lagi satu dibuatnya hari tu sistem down ke apa, mcm mana n ...

1 benda yg ko x taw... ada some (aku xnak kata ramai) pegawai jpj yg dok kat sebelah calon ujian memandu tu makan suapan.. kawan kolej aku citer die masuk2 jer dalam keta tu teros die nego kpj officer yg patot menilai die.. die hulur rm300 kat officer tu teros officer tu cop die "lulus".. aku percaya bukan kawan aku tu jer yg wat lagu tu...


tu sbb ko bace artikel kat atas, menteri pengangkutan kata ni antara langkah nak meningkatkan integrity proses penilaian....


anyway, kalo betol nak kurangkan penjawat awam pown sape keysah? berjuta penjawat awam pown bukannya jadi lebih efficient


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Org jpj dulu memang kerek.....saja tengking² kita bg neves.....
Aku dulu bawak 30km/j....dia marah suruh laju.....aku tanya dia balik, encik nk cepat2 nk gi mana encik.....mesti dia hot budak umor 20thn menjawab kat dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 08:28 PM
Adik angkat lama2 terangkat ke?

Kemuxian nikah. si Adik angkat dapat tahu Kakak angkat lakinya mati. Nikah lah si Kakak angkat. Sekali angkat anak2 Tiri. Duduk sama2. Anak tiri a class berlakon. Jerit2. Control. Si Mak jenis sailang muka terangkat.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 5-3-2024 10:39 PM
1 benda yg ko x taw... ada some (aku xnak kata ramai) pegawai jpj yg dok kat sebelah calon ujian me ...

Itu masalah 1-2 pegawai yg corrupt. Ada ramai je pegawai yg jujur. Kita bercakap pasal the whole system...belum tentu pakai robot blh menjamin ketelusan system. Robot pon manusia juga yg setting.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:23 PM | Show all posts
Edited by fish at 6-3-2024 12:26 PM

Ada pro & kontra jg ni

mcm aku dulu, pegawai jpj tu siap tanya aku pernah main gear lain tak, mintak no phone, ajak dating, nak ambik aku balik kerja hari2, mcm2 laa... siap suruh aku panggil abang.
aku ni sampai terkebil2, nak senyum tak senyum serba salah masa tgh test tu.
aku mmg tak layan la. panggilan pun maintain encik.
last dia tanya aku nak lulus ke tak? aku jwb kat dia ikut suka la, lulus boleh tak lulus pun takpe. tp aku mmg lulus la.

tp kalau takde pegawai jpj tu mcm bahaya jg kan, siapa nak pantau dlm kereta tu, maunya yg belum cekap memandu.
Ada diorg boleh jg tlg2 tekan brek ka apa kalau emergency
mcm aku dulu jg, belajar tak cukup jam pun. tiba2 tgk kat borang habis dah tanda, ada sign aku (tak sama, siapa ntah tlg sign, org kelas memandu kot).
rasa mcm baru 2,3 kali pegang stereng, tak cekap mana, dah ambil ujian.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:23 PM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 5-3-2024 08:09 PM
Bagaimana dengan keselamatan? Ada remote macam drone ke, untuk control the steering? If any unexpect ...

kalau tengok kat korea tu, orang yang monitor kereta boleh matikan kereta secara remote
kalau langgar 3 kesalahan kereta auto mati


yang kat malaysia ni tak tahu ler

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 02:48 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 6-3-2024 12:23 PM
kalau tengok kat korea tu, orang yang monitor kereta boleh matikan kereta secara remote
kalau lang ...

kalau mcmni ok la, takdelah risau sgt. Ingatkan org tu boleh tgk je tp tak boleh buat apa2 dr jauh.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 5-3-2024 10:39 PM
1 benda yg ko x taw... ada some (aku xnak kata ramai) pegawai jpj yg dok kat sebelah calon ujian me ...

betul la la ni depa urus negara lagu ni:
-sorang rakyat Msia buat semua terpalit.
-sorang warga asing buat dia jer ler yg kena.
hidup! Msia!....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:35 PM | Show all posts
Takda sapa ganggu dlm kereta bolehla fokus drive. Kereta suma auto ja lani
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:21 AM | Show all posts
Skuau replied at 6-3-2024 04:08 PM
betul la la ni depa urus negara lagu ni:
-sorang rakyat Msia buat semua terpalit.
-sorang warga as ...

masalahnya bukan seko jer rakyat malaysia yg wat lagu tu.. mesti sbb dah ada byak org komplen sampai dorg amek action lagu ni

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 1.204909 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list