CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12425|Reply: 0

Dua gol Mbappe julang PSG

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang PSG, Kylian Mbappe meraikan gol kedua berdepan Real Sociedad pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Arena Reale, San Sebastian awal pagi tadi. – Foto REUTERS

SAN SEBASTIAN, Sepanyol: Kylian Mbappe mengemudi kemaraan Paris Saint-Germain (PSG) ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan dua gol ketika menang 2-1 di Real Sociedad awal pagi tadi untuk layak 4-1 secara agregat.

Jurulatih Luis Enrique mengurangkan minit permainan Mbappe dalam beberapa minggu ini selepas pemain itu memberitahu kelab dia akan meninggalkan Paris pada hujung musim namun kapten Perancis itu membuktikan dia penting jika PSG akhirnya menjuarai pertandingan itu buat julung kali.

Kepantasan Mbappe sukar disekat Real Sociedad dan jaringannya selepas 15 dan 56 minit membolehkan pendahulu Ligue 1 itu pulang selesa dari utara Sepanyol.

"Kami amat gembira, itulah objektifnya," kata Mbappe kepada Canal Plus.


"Kami mahu layak tetapi hari ini kami juga mahu menang dan memberikan kami satu perlawanan yang agak mudah. Itulah yang kami lakukan.

"Kami mempunyai perancangan permainan yang jelas. Kami berjaya menjaringkan gol awal dan lebih-lebih lagi, kami berjaya mengelak daripada menghadapi sebarang kesukaran."



Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kanan) menjaringkan gol pertama menentang Real Sociedad pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Arena Reale, San Sebastian awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Kuat dikaitkan dengan Real Madrid, Mbappe memberikan bayangan yang boleh menghantui pemain pertahanan La Liga musim depan.

Tuan rumah membalas satu gol menerusi Mikel Merino yang menampan masuk bola muntah susulan tumbukan penjaga gol Gianluigi Donnarumma.

Satu daripada perkara negatif dialami PSG adalah kad kuning buat pemain pertahanan Achraf Hakimi, yang menyaksikannya digantung perlawanan bagi aksi pertama suku akhir.

PSG, yang mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2021, akan bimbang mengenainya kemudian – ia malam untuk meraikan kehebatan Mbappe, di sebalik masanya beraksi di Paris semakin menuju penghujung.

"Mbappe adalah pemain terbaik di dunia di sepertiga padang apabila berlari ke arah gol, sukar dihalang, tak terkalahkan," kata Enrique kepada Movistar.

"Dia amat bagus, tetapi seperti setiap rakan sepasukannya – ini satu pasukan dan kami memerlukan setiap orang." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-mbappe-julang-psg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list