CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9412|Reply: 0

[Kedah] Keluarga diraja Kedah sampaikan sumbangan kurniaan, fidyah

[Copy link]
Post time 7-3-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga diraja Kedah sampaikan sumbangan kurniaan, fidyah

OlehROSHILA MURNI ROSLI
07 Mac 2024 04:27pm








Tengku Sarafudin mengagihkan sumbangan fidyah kepada penerima pada Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah dan Penyampaian Sumbangan Fidyah bagi Tahun 1445H/2024M pada Khamis..




SIK - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menganjurkan Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah dan Penyampaian Sumbangan Fidyah bagi Tahun 1445H/2024M pada Khamis.

Menurut kenyataan dikeluarkan MAIK, penyampaian sumbangan fidyah kali ini lebih bermakna apabila keluarga diraja Sultan Kedah turut terlibat untuk memberi kurniaan kepada 1,300 keluarga yang memerlukan di seluruh daerah di negeri ini yang disampaikan melalui sumbangan berbentuk cek cura kepada pegawai-pegawai daerah negeri Kedah.



"Penyampaian Sumbangan Fidyah bagi Tahun 1445H/2024M disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

"Majlis Penyampaian Sumbangan Fidyah ini juga merupakan simbolik kepada program-program pengagihan fidyah yang dilaksanakan oleh pihak Baitulmal Negeri Kedah bagi tahun 1445H dengan peruntukan agihan sebanyak RM75,000," katanya memetik kenyataan tersebut pada Khamis.



Menurutnya, agihan fidyah pada kali ini melibatkan seramai 150 orang penerima melibatkan wang tunai dan kit bantuan makanan oleh pihak Baitulmal Negeri Kedah.

"Perolehan kutipan fidyah akan dikumpulkan dalam satu akaun khas dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.


Tengku Sarafudin (duduk, tengah) bergambar bersama barisan pegawai-pegawai daerah seluruh negeri Kedah pada Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah dan Penyampaian Sumbangan Fidyah bagi Tahun 1445H/2024M pada Khamis.




"Sehingga kini, hasil kutipan fidyah yang terkumpul bagi tahun 1445H ialah sebanyak RM3,425,310," katanya.




Jelasnya, bagi memastikan pihak Baitulmal dapat mengagihkan kepada golongan sasaran, penglibatan pejabat agama daerah, imam-imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negeri Kedah amat diperlukan.

"Bagi tahun 1445H, Baitulmal telah melaksanakan agihan dalam bentuk tunai dan beras melalui 588 buah masjid di seluruh Negeri Kedah.

"Penerima agihan fidyah ini adalah seramai 8,820 orang fakir miskin dengan peruntukan sebanyak RM2,205,000," ujarnya.




Katanya, baitulmal juga telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) untuk agihan fidyah melalui Program Bantuan Makanan Kepada Pelajar Miskin yang disampaikan kepada 31 buah sekolah menengah agama rakyat (SMAR) berjumlah RM833,310 dan 39 buah pondok berdaftar seluruh Kedah berjumlah RM312,000.

"Alhamdulillah sehingga kini, perkhidmatan fidyah yang dilaksanakan oleh pihak Baitulmal Negeri Kedah telah mendapat sokongan daripada masyarakat dan jumlah kutipan fidyah juga semakin meningkat dari masa ke masa.

"Pihak pentadbiran MAIK khususnya bahagian baitulmal amatlah berharap semua pihak terutama agensi-agensi agama dan pegawai masjid seluruh Kedah dapat turut serta menyokong dan memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai perkhidmatan fidyah agar pengurusan kutipan dan agihan akan dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun-tahun mendatang," jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list