CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18714|Reply: 0

[Sarawak] 700 sahabat usahawan meriahkan Majlis Makan Malam dan Penghargaan di Serian

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Hafiz (duduk tiga kanan) ditemani tetemu kehormat lain merakam kenangan bersama sahabat usahawan.

SERIAN: Seramai 700 sahabat usahawan menghadiri Majlis Makan Malam dan Penghargaan anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Serian (KUSIS) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Serian di sini baru-baru ini.

Jurucakap KUSIS dalam kenyataan berkata, tujuan penganjuran majlis itu bagi meraikan jasa dan sumbangan pada 2023 tahun serta pengiktirafan kepada para usahawan yang telah berjaya.

"Selain itu, diharap agar majlis seumpama ini dapat menjalin silaturahim sesama peserta dan dapat meningkatkan lagi platform jaringan perniagaan pada masa akan datang," katanya.

Tambahnya Anugerah Sahabat Usahawan Berjaya juga disampaikan pada majlis tersebut.

Jelasnya, anugerah yang diberikan kepada sahabat-sahabat usahawan yang berjaya itu boleh dijadikan contoh serta motivasi bagi tujuan mendorong agar lebih ramai lagi usahawan berjaya boleh dilahirkan.

"Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada Lembaga Perwakilan Sahabat Cawangan Serian bagi sesi 2022-2023 yang lepas.

"Antara aktiviti lain yang diselitkan dalam acara pada malam tersebut adalah seperti cabutan tiket bertuah," katanya.

Pada majlis itu juga, persembahan wakil daripada blok Sebuyau, Siburan, Ladong, Ranchan, Simunjan, Tebedu, Gedong, Taee dan Balai Ringin juga diadakan.

Blok Tebedu telah dinobatkan persembahan terbaik dengan mendapat sijil penghargaan serta wang tunai.

Perasmian majlis itu disempurnakan Penolong Pengurus AIM Wilayah Sarawak Abdul Hafiz Soni.

Hadir sama Pegawai Latihan Sarawak Hairol Saili, Pengurus Cawangan Serian Bakri Wasli, Pengerusi KUSIS Serian Hanaliza Wahid dan kakitangan AIM Cawangan Serian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.399943 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list