CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19091|Reply: 0

[Sarawak] Mendiang ASP Wilfred terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:22 PM | Show all posts |Read mode


Isaac (kiri) menerima anugerah anumerta untuk mendiang bapanya dari Mancha semasa majlis itu. – Gambar PDRM

KUCHING: Mendiang ASP Wilfred Gomez Malong secara anumerta dianugerahkan gelaran ‘Pingat Jasa Pahlawan Negara’ daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf keberanian mendiang Wilfred semasa pertempuran dengan pemberontak Komunis di Ulu Poi, Kanowit pada 20 Jun 1973.

“Dalam pentempuran tersebut, telah membuktikan kegagahan, keberanian dan kepahlawanan mendiang, di mana ketika itu beliau bersama dua anggota telah berjaya menumpaskan musuh yang ramai,” kata Mancha menerusi satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, mendiang pernah dianugerahkan ‘Pingat Gagah Berani (PGB)’ daripada Yang Di-Pertuan Agong pada 1974.

"Ini menjadikan beliau merupakan penerima anugerah Pingat Gagah Berani termuda dalam sejarah Malaysia iaitu pada usia 24 tahun," katanya.

Mendiang Wilfred, dilahirkan di Betong, bersara daripada pasukan polis pada 1980 dan meninggal dunia pada 5 Februari 2013 pada usia 63 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Entingan di Kota Samarahan.

Hari ini, anugerah anumerta itu diterima oleh anak mendiang, Isaac Alexander Gomez dari Mancha dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Pahlawan Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak.

Turut menerima anugerah pada majlis dua hari yang bermula Selasa itu ialah 374 pesara polis yang lain.

Dalam kenyataan itu, Mancha turut menyeru pesara dan bekas anggota polis yang layak menerima anugerah itu supaya mendaftar di laman sesawang PDRM.

“Anugerah itu adalah untuk mereka yang telah berkhidmat dalam tempoh darurat di Sabah dan Sarawak antara 1962 dan 17 Oktober 1990.

“Berdasarkan rekod kami, seramai 1,767 pesara kakitangan yang layak masih belum tampil untuk menerima anugerah mereka,” katanya.

Tambah Mancha, sejak 2014, polis Sarawak telah mengadakan 13 majlis anugerah dan menyampaikan sejumlah 3,435 anugerah.

Penerima terdiri daripada 2,340 pesara polis dan 1,075 anggota polis yang masih dalam perkhidmatan.

Hanya 20 pesara polis telah menerima anugerah mereka di luar majlis rasmi atas faktor kesihatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.077331 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list