CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8393|Reply: 0

[Terengganu] Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas

[Copy link]
Post time 8-3-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas

OlehNORHASPIDA YATIM
08 Mac 2024 12:28pm








Keadaan di lokasi kejadian di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu yang menyebabkan seorang remaja nyaris lemas. Gambar kecil: Mangsa berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan berada berdekatan lokasi kejadian.




KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, kejadian menimpa remaja berusia 17 tahun itu disedari kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat.



Menurutnya, difahamkan mangsa bersama tiga ahli keluarga yang lain tiba di situ dari Melaka untuk beriadah dan remaja berkenaan mandi-manda di kawasan itu bersama bapanya sebelum nyaris lemas.
"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.14 pagi dan segera menggerakkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Marang ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba di situ, mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan berada berdekatan dengan kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Jumaat.

Menurut Rozizah, mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZNZ) untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Rozizah berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada kerana keadaan cuaca ketika ini masih tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti di air.

"Orang ramai dilarang melakukan aktiviti di air pada musim ini kerana cuaca masih tidak menentu dan risiko untuk lemas masih tinggi.




"Justeru kita minta supaya mereka elakkan mandi pantai kerana kita tidak tahu risiko dan bahaya yang akan menimpa," ujarnya.

Menurut Rozizah, setakat tahun ini sebanyak tujuh kes kematian akibat lemas direkodkan di seluruh Terengganu melibatkan Rantau Abang, Dungun (1 kes) ; Jeti Nelayan Bukit Tumbuh, Kuala Nerus (1 kes) ; Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (1 kes); Pantai Teluk Lipat, Dungun (2 kes) ; Pantai Tanjung Jara, Dungun (1 kes) dan Pesisir Pasar Payang ( 1 kes).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list