CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 0

[Sarawak] 17 pintu rumah panjang Kampung Long Kerangan Ulu Baram ranap

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:53 PM | Show all posts |Read mode


17 pintu rumah panjang Kampung Long Kerangan yang musnah dalam kebakaran pada malam hari.

MIRI: Sebanyak 17 pintu musnah dalam kebakaran rumah panjang Kampung Long Kerangan, Ulu Baram, malam pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maureen Sim berkata pasukan bomba mengambil masa kira-kira sembilan jam ke lokasi yang melibatkan jarak perjalanan 219 kilometer.

“Setelah mendapat maklumat melalui Whatsapp berhubung kejadian itu, sepasukan tiga anggota BBP Marudi dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) telah bergerak ke lokasi kira-kira jam 7.23 pagi dan bomba tiba di lokasi sekitar jam 3.35 petang.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan 17 pintu rumah panjang struktur tidak kekal yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.45 malam pada Rabu.


Anggota bomba sedang mengambil maklumat mangsa yang terjejas dalam kejadian terbabit.

“Tindakan operasi pemadaman tidak dilakukan kerana kebakaran telah padam sepenuhnya semasa ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sim memberitahu pasukannya kemudian mengambil maklumat mangsa kejadian dan mendapati kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa namun melibatkan kemusnahan harta benda sahaja.

“Pasukan BBP Marudi membantu Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri terdiri daripada dua pegawai yang turut hadir bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Setelah selesai melakukan tugas, pasukan bomba kemudiannya bertolak balik ke balai kira-kira jam 5 petang.

“Operasi ini disifatkan agak mencabar kerana ia berlaku jauh dari balai dan pasukan bomba menggunakan jalan balak untuk ke lokasi,” ujarnya.

Tambah Sim, tiada liputan telekomunikasi di tempat kejadian juga menjadi satu cabaran buat pasukan bomba untuk maklumat mengenai kejadian tersebut disampaikan dengan segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.210954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list