CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 0

[Sarawak] Dua rumah di Tudan Fasa 6 terbakar, sembilan hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan rumah terbabit.

MIRI: Seramai sembilan orang hilang tempat berteduh selepas dua buah rumah di dalam satu lot yang didiami mereka di Lorong Harmoni 3C, Tudan Fasa 6, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melaporkan mengenai kebakaran terbabit kira-kira jam 5.02 petang.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diarahkan untuk ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan berkenaan.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman jenis tidak kekal yang mana kedua-duanya musnah 100 peratus.

"Selain itu, kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta.

“Kesemua penghuni seramai sembilan orang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 61 tahun berjaya keluar menyelamatkan diri dan berada di luar rumah sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media.

PGO memaklumkan kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan pada mangsa.

“Setelah pemeriksaan dibuat, pasukan bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air dari pili bomba berdekatan.

“Api berjaya dikawal sekitar jam 5.50 petang dan setelah memastikan tiada lagi punca-punca api untuk naik semula, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 7.45 malam,” ujarnya.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/08/dua-rumah-di-tudan-fasa-6-terbakar-sembilan-hilang-tempat-tinggal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051129 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list