CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5061|Reply: 0

Penyokong Kedah teruja kemunculan Nurullaev

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Pemain import KDA FC, Sukhrob Nurullaev mendengar pesanan ketua jurulatih, Nafuzi Zain sebelum memulakan latihan hari pertama di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) semalam. FOTO KDA FC

ALOR SETAR: Hampir 500 penyokong hadir untuk menyaksikan import pertama Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sukhrob Nurullaev turun berlatih buat kali pertama bersama skuad Sang Kenari di padang Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), petang semalam.

Berita Sukhrob yang menyertai KDA FC sebagai import kuota Asia ini mencetus semangat baharu dalam kalangan penyokong untuk hadir dan melihat sendiri kelibat pemain Uzbekistan ini yang akan membarisi skuad utama Sang Kenari pada saingan musim 2024/2025 nanti.

Kemunculan Sukhrob di hari pertama bersama Sang Kenari ini turut diserikan dengan sesi latihan dalaman skuad Sang Kenari menentang pasukan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah, petang semalam.

Menurut Sukhrob, berdasarkan pengalamannya yang pernah hadir ke Malaysia sebelum ini, beliau mahu terus fokus dan bekerja keras dalam proses menyesuaikan diri dengan pasukan KDA FC dan Liga Malaysia (Liga M).



"Ini bukan kali pertama saya hadir ke Malaysia kerana saya pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Uzbekistan ketika menentang skuad kebangsaan Malaysia dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

"Saya juga mendapat maklumat mengenai keadaan dan suasana Liga M daripada rakan senegara saya yang pernah beraksi beberapa musim di sini.

"Sudah tentu impian saya adalah untuk membantu KDA FC mencapai keputusan yang positif dalam setiap aksi liga yang akan bermula nanti.

"Saya mahu mengambil cabaran terbaik yang ada bersama KDA FC dalam Liga M musim ini dan saya yakin skuad Kedah mampu memberi saingan yang hebat dalam menentang pasukan-pasukan elit dalam Liga M musim ini," katanya.

Sebagai rekod, Sukhrob pernah menjuarai Piala Asia Bawah 23 Tahun (2018) bersama Uzbekistan dan beliau juga turut beraksi di peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama Nasaf Qarshi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... emunculan-nurullaev
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list