View: 9409|Reply: 7
|
“Tidak Mahu ‘Kepochi’ (Ambil Tahu) Hidup Orang Lain" – Amira Othman
[Copy link]
|
|
Melihatkan pelbagai kontroversi yang menjengah dunia hiburan, penyanyi Amira Othman mengingatkan diri agar tidak menjaga tepi kain orang lain demi ketenangan hidup.
Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 31, mengambil langkah selamat kerana memahami cabaran hidup setiap orang selain mahu kehidupan tanpa masalah.
“Saya selalu pesan diri sendiri untuk tidak perlu ambil tahu urusan orang lain sebab mahukan ketenangan dalam hidup.
“Tidak mahu ‘kepochi’ (ambil tahu) hidup orang lain sebab kita semua ada ujian dan takdir yang berbeza,” katanya menerusi Instagram.
Sekiranya Amira mengetahui sebarang isu, dia memilih berdiam diri berbanding menjadi penyampai demi menjaga aib sendiri.
“Kalau terdengar pun hanya akan di situ sahaja. Tidak akan disampaikan sebab tak suka cerita saya disampai-sampaikan dan enggan buat kepada orang lain.
“Dunia sementara sahaja, tidak perlulah sibuk-sibuk kita aibkan sesama manusia. Allah tutup banyak sangat aib dan dosa kita,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut dibuat selepas pelantun lagu Jaga-Jaga itu terlihat satu ciapan X mengenai kenyataan seorang pendakwah Indonesia iaitu Ustaz Hanan Attaki.
“Jangan mendengar yang tidak perlu didengar, jangan melihat yang tidak perluu dilihat dan jangan pernah cari tahu yang tidak perlu kita tahu,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
sendu betul benang dia
baru aku search dia ni kat youtube
sesungguhnya aku tidak kenal dia tanpa berita di cari |
|
|
|
|
|
|
|
K..tp jgn tercintan dgn raden tu pulek..sbb tak amik tau sgt khen |
|
|
|
|
|
|
|
dah 31 si mira ni rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 muncul dia ni. lama terbenam. tetiba muncul jadi dj dengan angah dan jep sepahtu |
|
|
|
|
|
|
|
rahim x jd DJ dh ke..amira ni mmg sendu sendu sendunya
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah amira ni ke? Ingatkan tetamu jemputan sehari je.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|