CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita Rohingya melecur dibakar kenalan

[Copy link]
Post time 13-3-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga asing melecur di muka dan badan, manakala anaknya cedera ringan selepas disimbah petrol sebelum dibakar dua lelaki di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami mangsa yang juga warga asing jam 1.34 pagi, Ahad lalu.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa, 32, pergi ke padang permainan berkenaan untuk mengambil anak lelakinya berusia dua tahun jam 10.30 malam, Jumaat lalu.

"Mangsa terserempak dengan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 26 dan 35 tahun dikenali dalam keadaan mabuk dengan salah seorang suspek mengarahkan wanita itu membeli petrol yang diisi ke dalam botol.



"Selepas mangsa menyerahkan botol yang berisi petrol kepada suspek, mereka bertindak menyimbah petrol serta menyalakan api terhadap wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, mangsa yang juga etnik Rohingya pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) melecur 30 peratus di bahagian muka serta badan dan sedang menerima rawatan di hospital.

"Anak lelaki mangsa pula dilaporkan hanya cedera ringan dalam kejadian itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Pihak polis sedang mengesan dua suspek berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cur-dibakar-kenalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083110 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list