CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2077|Reply: 0

Gol Messi, Suarez pastikan Miami ke suku akhir CONCACAF

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

MESSI (kiri) dan Suarez menjaringkan gol penting yang memastikan Miami mara ke suku akhir. FOTO AFP

Fort Lauderdale, Amerika Syarikat (AS): Luis Suarez dan Lionel Messi menjaringkan gol yang membolehkan Inter Miami mara ke suku akhir Piala Kejuaraan CONCACAF hasil kemenangan 3-1 (agregat 5-3) ke atas Nashville, hari ini.

Messi mengumpan kepada Suarez untuk gol pembukaan pada minit kelapan sebelum bintang Argentina itu menjaringkan gol pada minit ke-23.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon d'Or winner sebanyak lapan kali itu dikeluarkan pada minit ke-50 dan penggantinya, Robert Taylor memastikan kemenangan selesa menerusi tandukan pada minit ke-63.

Miami yang beraksi di kejohanan itu buat kali pertama akan berdepan pemenang perlawanan antara wakil Mexico, Monterrey dan wakil MLS, FC Cincinnati pada aksi suku akhir kedua, hari ini.



Kelab Liga MX itu menjadi tuan rumah dan mendahului 1-0 selepas perlawanan pertama.

Ketika perlawanan pertama di Tennessee, gol Messi dan Suarez memastikan Miami bangkit mengikat kedudukan 2-2 selepas Nashville mendahului 2-0.

Jelas, gandingan bekas pemain Barcelona itu sekali lagi membuktikan kehebatan yang membantu Miami menguasai perlawanan dan terus mara ke suku akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... suku-akhir-concacaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052479 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list