CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Harga ayam naik tapi tak lepasi harga siling, kata menteri

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui walaupun terdapat laporan kenaikan harga ayam sebanyak 30 sen, situasi masih terkawal kerana tidak melepasi harga siling RM11.40.

Beliau berkata sekiranya ada pihak menjual ayam pada harga mahal melangkaui ketetapan kerajaan, tindakan itu di luar dasar ditetapkan kementerian.

Justeru, beliau memberi jaminan pihaknya bersama kementerian berkaitan akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan harga ayam tidak naik mendadak sehingga membebankan rakyat.

"Libat urus sentiasa diadakan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memantau. Dalam laporan bulanan, harga ayam agak stabil kalau dibandingkan dengan harga yang kita letak dulu iaitu harga siling RM11.40. Setakat ini belum lagi mencecah ke arah itu. Semua di bawah.


"Kalau di (pasar raya) Mydin masih lagi dijual dengan harga bawah RM9. Kadang-kadang RM7.90, kadang-kadang RM8. Umumnya kalau ada poket (premis) tentu (yang jual) mahal, itu bukan kerana dasar umum.

"Kita akan pantau laporan dan kenaikan 30 sen. Kalau daripada RM5.50 naik 30 sen itu, maknanya ia belum tinggi mengatasi harga siling yang kita pernah tetapkan dahulu. Ertinya di pasaran, kita pantau berterusan. Libat urus kita adakan sentiasa sama ada dengan penternak kecil atau pun besar yang menguasai pasaran," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dikemukakan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang menunjukkan keratan akhbar memaparkan laporan harga ayam naik 30 sen sebanyak tiga kali sekali gus bercanggah dengan kenyataan kementerian bahawa harga ayam agak stabil.

Terdahulu, Mohamad menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang mahukan penjelasan berhubung harga ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan pasaran selepas pemansuhan subsidi serta kawalan harga.

Pada 30 Oktober tahun lalu, beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam di tamatkan sepenuhnya bermula pada 1 November 2023, mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran pada kadar yang munasabah.

Berdasarkan pemantauan harga ayam dijalankan DVS di ladang secara bulanan, katanya hasil pemantauan menunjukkan harga ayam adalah stabil.

"Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung sejak November 2023 ialah RM5.85/kg; Disember 2023 (RM6.39/kg); Januari 2024 (RM6.13/kg) dan Februari 2024 (RM6.03/kg).

"Bekalan ayam juga pada masa kini adalah stabil dan faktor ini turut menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa," katanya.

Bagi harga telur ayam gred A, B dan C, Mohamad berkata subsidi serta kawalan harga diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada.

Oleh itu, katanya sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

"Kerajaan juga akan sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi, khususnya ketika musim perayaan.

"Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan bekalan telur di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat," katanya

https://www.bharian.com.my/berit ... siling-kata-menteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.251283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list