CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2553|Reply: 0

Guardiola sesuai bimbing England - Fernandinho

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Falsafah bola sepak pengendali Manchester City, Pep Guardiola dikatakan sesuai dengan skuad England. - Foto AFP

ENGLAND: Bekas kapten Manchester City, Fernandinho berkata Pep Guardiola bakal membimbing pasukan kebangsaan dan percaya England adalah pasukan paling sesuai dengan gaya kejurulatihannya.

Fernandinho meninggalkan City dua tahun lalu selepas sembilan musim bersama juara bertahan Inggeris itu, yang menyaksikan dia memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris, enam Piala Liga dan satu Piala FA.

Pemain Brazil itu menikmati musim-musim terbaik dalam kariernya di bawah kendalian Guardiola di Etihad dan dia mendedahkan pasukan kebangsaan bagaimana bakal dikendalinya pada masa akan datang.

Pengendali 53 tahun dari Sepanyol itu mempunyai kontrak sehingga tahun 2025 dan sebelum ini menyatakan hasratnya untuk membimbing pasukan kebangsaan.

"Pasukan kebangsaan. Saya ingin melatih pasukan kebangsaan untuk Piala Dunia atau Kejuaraan Eropah.

"Saya tidak tahu siapa yang mahukan saya! Untuk bekerja dengan pasukan kebangsaan, mereka perlu mahukan anda, sama seperti kelab," kata Guardiola bulan lalu.

Guardiola dianggap antara pengendali bola sepak terhebat selepas merakam kejayaan bersama Barcelona, Bayern Munich dan Man City.

Dia kini dalam usaha memburu gelaran Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut buat City selepas memenangi treble tahun lalu.

Beberapa negara dijangka akan berebut mendapatkan khidmatnya, tetap Fernandinho percaya pilihan terakhir Guardiola adalah di antara England, Brazil atau Belanda.

Guardiola dijangka tidak akan mengambil alih pasukan Sepanyol kerana sokongannya ke atas tuntutan kemerdekaan Catalunya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... england-fernandinho
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.648725 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list