CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4128|Reply: 0

MotoGP: Ducati bayar gaji Martin rendah

[Copy link]
Post time 16-3-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode

MARTIN (depan) dikatakan perlu mencari pasukan baharu kerana Ducati mahu mengurangkan perbelanjaan musim depan. – JORGE MARTIN

BOLOGNA – Keputusan Ducati melaksanakan langkah-langkah penjimatan terutama terhadap gaji pelumba mereka menimbulkan keraguan mengenai masa depan Jorge Martin bersama pasukan berpangkalan dari Itali tersebut.

Ducati ketika ini telah melanjutkan kontrak pelumba utama­nya, Francesco Bagnaia sehingga 2026 dengan nilai kira-kira €7 juta (RM35.72 juta) semusim dan angka itu boleh meningkat kepada €10 juta (RM51.02 juta) sekiranya dia memenangi gelaran dunia ketiga musim ini.

Bagaimanapun, Ducati dikatakan menawarkan tawaran tersebut kepada Bagnaia seorang sahaja, bukan kepada pelumba-pelumba mereka yang lain.

Ini bermakna Martin yang bersaing bersama Pramac Ducati perlu mencari pasukan baharu kerana Ducati didakwa bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan mereka sebanyak 50 peratus pada musim 2025.

“Gaji perlu selaras. Ducati tidak boleh membayar gaji €2 juta (RM10.2 juta) kepada pelumba pasukan satelit mereka.

“Ducati enggan meletakkan gaji terlalu tinggi terutama kepada pelumba satelit dan akhir­nya menyukarkan mereka untuk dibeli,” kata sumber dalaman Ducati.

Pelumba berbakat Moto2, Fermin Aldeguer dijangka ber­aksi bersama Pramac Ducati tahun depan walaupun dikatakan hanya dibayar sekitar €300,000 (RM1.53 juta)

Gaji Aldeguer yang agak rendah adalah bukti bagaimana Ducati berhasrat untuk mengawal perbelanjaan menghadapi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 dan musim-musim seterusnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gaji-martin-rendah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.349429 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list