CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5499|Reply: 0

Pan Gon berusaha keras 'cergaskan' Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Aksi pemain negara ketika menentang Nepal malam tadi dalam aksi pemanas badan sebelum pertemuan dengan Oman. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Satu aksi ujian berdepan Nepal, malam tadi dianggap belum mencukupi untuk Harimau Malaya benar-benar mendapat persediaan terbaik menjelang aksi getir menentang pasukan ranking 80 dunia, Oman.

Isu utama yang dihadapi skuad negara ketika ini adalah 'match fitness' atau kecergasan perlawanan pemain susulan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 masih belum bermula.

Pemain tengah Harimau Malaya, Paulo Josue bagaimanapun menegaskan bahawa barisan kejurulatihan yang diketuai Kim Pan Gon berusaha keras untuk memastikan pasukan berada pada tahap terbaik untuk berdepan Oman dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 dan 26 Mac depan.

"Sudah pasti tidak (cukup satu aksi pemanas badan), kebanyakan negara ketika ini masih beraksi (dalam liga) ketika ini, malangnya di Malaysia liga belum bermula. Jadi itu isu yang kami hadapi sekarang ini.


"Barisan kejurulatihan sedang berusaha memberikan yang terbaik terutama membabitkan tahap kecergasan pemain untuk menghadapi perlawanan itu (menentang Oman).

"Sudah pasti bukan mudah, tetapi kami perlu hadapi dan cuba yang terbaik untuk memastikan pasukan mendapat keputusan positif," katanya.

Harimau Malaya terlebih dahulu akan menentang Oman di Muscat pada 22 Mac sebelum menanti kunjungan skuad kendalian Jaroslav Silhavy itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, empat hari kemudian.

Skuad Pan Gon ketika ini memimpin saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi awal menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, manakala Oman di tangga kedua dengan tiga mata.

Mengulas lanjut, Josue menjelaskan aksi menentang Oman sangat penting kerana ia akan memberi impak besar terhadap perjalanan skuad negara dalam kempen kelayakan.

"Jika mendapat tiga mata di gelangang lawan menentang Oman, kami hanya selangkah ke peringkat seterusnya kelayakan Piala Dunia.

"Malah, jika mereka datang ke sini dan kami tewaskan mereka sekali lagi, saya fikir kami sudah layak ke pusingan kelayakan yang seterusnya, jadi dua aksi itu sangat penting," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... skan-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.295258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list