CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3156|Reply: 0

[Kelantan] Kanak-kanak derita Biliary Atresia meninggal dunia

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Nur Afiya Husna Hashim meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Machang: Kanak-kanak perempuan, Nur Afiya Husna Hashim berusia dua tahun yang menderita penyakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, tengah hari semalam.

Nur Afiya Husna menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya, 1.22 tengah hari, selepas dua hari dimasukkan ke hospital.

Menurut ibunya, Hazirah Hashim, 34, pada petang Ahad lalu, dia membawa anak bongsu daripada tiga beradik ke Hospital Machang kerana bimbang berikutan anaknya itu menangis tanpa henti.

"Bagaimanapun pada hari sama, anak saya perlu dipindahkan ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.



"Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat banyak kahak di dalam leher Afiya dan terpaksa menggunakan nebulizer untuk mencairkan kahak.

"Namun tidak beberapa lama selepas itu, muka dan bibir Afiya bertukar menjadi kebiruan dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, suami isteri dari Kampung Gaung, Pangkal Meleret di sini, tidak dapat menahan pilu apabila doktor menjangkakan umur anak mereka, Nur Afiya Husna, tidak panjang berikutan menderita kegagalan fungsi hati.

Doktor menjangkakan anak bongsu daripada tiga beradik itu hanya mampu bertahan untuk tempoh dua tahun.

Menurut Hazirah, jenazah Nur Afiya Husna selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Meleret, Machang, 5.30 petang semalam.

Dalam pada itu, Hazirah turut berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu meringankan beban ditanggung selepas kisah Nur Afiya Husna disiarkan di media cetak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sia-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.147164 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list