View: 11622|Reply: 133
|
[Tempatan]
Rafizi kata Jika anda tidak mendaftar dan mengemaskini PADU, kerajaan akan menggunakan data yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan sedia ada
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-3-2024 08:17 AM
Putrajaya: Sebanyak 4,752 lokaliti di Malaysia belum diliputi sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) dan berisiko keciciran semua bantuan kerajaan termasuk subsidi bersasar yang akan dilaksanakan kelak.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, Selangor negeri tertinggi mempunyai lokaliti belum diliputi sistem PADU membabitkan 1,282 lokaliti dan diikuti Kuala Lumpur, 992 lokaliti.
"Sebanyak 5.43 juta individu telah mengemaskini data PADU sehingga 11.59 malam, 17 Mac 2024.
"Bagaimanapun sebanyak 4,752 kawasan telah dikenal pasti di seluruh Malaysia, di mana penduduk kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang pendaftaran di bawah PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.
Tumpuan kementerian dan juga pasukan PADU dalam tempoh dua minggu ini, sehingga hari terakhir 31 Mac 2024 adalah untuk mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah, terutamanya meliputi kawasan yang dikenal pasti berisiko terbesar pengecualian.
"Di Lembah Klang, paling tinggi risiko keciciran adalah penghuni flat atau pangsapuri. Nama mereka tercicir juga dalam sistem bantuan kerajaan yang lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah," katanya dalam sidang media mengenai PADU, di sini, hari ini.
Menurutnya, bilangan kawasan lain belum diliputi PADU selain Selangor dan Kuala Lumpur membabitkan 765 lokaliti di Sarawak, Sabah (620), Johor (271), Pulau Pinang (243), Kelantan (228), Kedah (157), Pahang (70), Perak (67), Terengganu (35), Negeri Sembilan (8), Perlis (7), Putrajaya (5) dan Melaka (2).
Rafizi berkata, kawasan paling banyak keciciran adalah kawasan bukan Melayu.
"Satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac 2024 di Pusat Konvensyen MBSA untuk memberi penerangan mengenai manfaat sistem PADU serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan untuk membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat terutamanya di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 31 Mac 2024," katanya.
Menurutnya, pada masa sama, kaunter pendaftaran akan dibuka sepanjang sesi itu bagi membantu orang awam untuk mendaftar dan mengemaskini PADU.
Beliau turut meminta semua kerajaan negeri mengambil langkah sama dengan mengumpulkan wakil penduduk dari kawasan berisiko tinggi keciciran untuk menggalakkan pendaftaran PADU penduduk kawasan berkenaan.
Katanya, mulai 31 Mac ini, data sedia ada dan sudah dikemaskini dalam PADU akan digunakan sebagai panduan merangka dasar serta digunakan bagi menentukan kelayakan individu untuk program kerajaan, bantuan dan subsidi.
"Jika anda tidak mendaftar dan mengemaskini data di dalam PADU, kerajaan akan menggunakan data yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan sedia ada yang berisiko tidak tepat atau tidak terkini.
"Daftar dan kemaskini data anda di PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan. Anda mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini, kini walau peluang itu telah dibuka, namun oleh kerana data anda tidak dikemaskini, anda mungkin terus tercicir," katanya.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071331/usaha-meningkatkan-pendaftaran-padu- |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buat la poll,berapa poremer dah daftar padu ni....serious question here, kalau tak daftar padu,jadi rohingya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Gunalah data mana pun waima daftar Padu memang x kan dpt subsidi pun...
Pusing dan spin lah fakta Rafizi nak kata kat rakyat Malaysia suruh daftar Padu memang kami tak lah sbb terang2 Padu tu kalau daftar adalah consent besar utk mereka buat apa shj dgn pemilik data tu. Kami x bodoh utk fikir risiko utk hari2 akan dtg... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sebenar benar nya PADU ini ? Wajib ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
aik...boleh pulak ambik dari jabatan lain...
eloklaa x daftar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Piji ckp berbelit belit
Dah tu KOnar BAring lak blh pakai data dari jbtn lain
Menipu
Membongak
Menauta
|
|
|
|
|
|
|
|
asal tukar kerajaan....suruh daftar mcm2
kalau dapat rega minyak seringgit lima kupang ok la jugak....
|
|
|
|
|
|
|
|
PADU bak ang |
|
|
|
|
|
|
|
alamakkkk.. iols dah daptar..tapi taknak la kemaskini |
|
|
|
|
|
|
|
Daftar pun bukannya layak dapat bantuan subsidi bagai. Why bother? Pekerja2 swasta (selain b40) mmg takkan daftar punya. |
|
|
|
|
|
|
|
xdaftar padu
1. tak boleh die in
2. tak boleh check in
|
|
|
|
|
|
|
|
dia dah resign from inv0ke ke? |
|
|
|
|
|
|
|
menuju kearah cbdc/social crdit score/ESGshit
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo yeke? apa dia boleh buat ngan data tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat melarat, bela lagi rohingya & whatsnot
|
|
|
|
|
|
|
|
die in ke dine in?serious la?
aku malas nak reg padu sebab macam tak tau apa hala tuju...kang jadi my sejahtera yg dah tunggu masa nak dikafankan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu kata kalau tk daftar tk blh nikmati bNtuan. Skg nak extract data dr jabatan2 lain
|
|
|
|
|
|
|
|
aku daftar je.. dah kerja gomen kan.. tp klik seterus nya je.. suka ati aku ler nk declare ke mende nya.. e madani pun tk dpt. sbb kita single. M40 mmg kna hidup berjimat cermat.. apa bantuan pun tkde |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa time daftar PADU nak minta no acc bank?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|