CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6149|Reply: 9

[Tempatan] Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang. #2, Kilang pengedar stoking kontroversi tutup operasi

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-3-2024 06:35 AM

Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang

https://www.malaysiakini.com/news/700033

Diterbitkan:  Mar 20, 2024 2:08 PM
Dikemaskini: 2:08 PM



Syarikat pembekal KK Mart sekali lagi memohon maaf kerana mengedarkan stoking bertulis kalimah Allah kepada kedai serbaguna itu.

Kali ini, Xin Jian Chang Sdn Bhd menyatakan permohonan itu melalui kain rentang yang dinaikkan di pagar kilang mereka Batu Pahat, Johor.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan,” tulis mereka.

Xin Jian Chang juga menyatakan komitmen untuk memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, keharmonian terpelihara dan meningkatkan kawalan kualiti produk mereka.

Tindakan itu dilakukan selepas bantahan meluas sejak seminggu lalu termasuk kecaman parti politik dan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Polis juga semalam memeriksa 18,000 pasang stoking di sebuah kilang di Johor semalam, tetapi tidak mendedahkan namanya.

Demo depan kilang semalam

Sementara itu, Oriental Daily melaporkan terdapat kumpulan NGO mengadakan bantahan di kilang itu semalam yang menuntut penggantungan kain rentang itu.



Selain itu, mereka juga mahu pengurusan syarikat merakam permohoan maaf dan menyiarkannya di media sosial.

Mereka juga menuntut syarikat menderma untuk kebajikan sekitar Batu Pahat seperti rumah anak yatim dan sekolah agama.

Oriental Daily juga melaporkan operasi kilang itu diberhentikan buat sementara waktu susulan isu keselamatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2024 02:35 PM | Show all posts
Kilang pengedar stoking kontroversi tutup operasi

https://www.bharian.com.my/berit ... versi-tutup-operasi

Oleh Alias Abd Rani - Mac 20, 2024 @ 2:09pm
bhnews@bharian.com.my


Kain rentang permohonan maaf digantung di pintu utama kilang terbabit di kawasan perindustrian Sri Gading. - NSTP/ALIAS ABD RANI

BATU PAHAT: Sehari selepas diserbu pihak berkuasa, kilang yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah menutup operasinya bermula hari ini.

Penutupan kilang di kawasan perindustrian Sri Gading di sini, itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan tarikh penyambungan semula operasi.

Bagaimanapun, penutupan itu dipercayai bertujuan meredakan keadaan dan melindungi keselamatan pekerja susulan tekanan serta desakan supaya membuat permohonan maaf terbuka atas tindakannya.

Tinjauan mendapati kilang yang terbabit dalam aktiviti bungkusan dan pengedaran itu sepi tanpa aktiviti.

Sehelai kain rentang kelihatan digantung pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan kalimah Allah yang ditemui di kedai serbaneka di Bandar Sunway, baru-baru ini.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat," bunyi tulisan di kain rentang terbabit.

Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan turut menyenaraikan tiga perkara utama iaitu berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti.

Semalam, polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan dan pemeriksaan sebelum menemui lima pasang stoking tertera kalimah Allah.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati kelima-lima stoking itu adalah yang dipulangkan tiga kedai KK Mart ketika kontroversi bermula.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima sembilan laporan yang dibuat di daerah itu, setakat ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengambil keterangan mereka yang terbabit mengendalikan operasi kilang terbabit.

"Kita dalam proses mengambil keterangan pemilik dan pekerja yang berurusan mendapat bekalan stoking berkenaan.

"Pagi ini kita buat tiga rakaman percakapan untuk melengkapkan siasatan berhubung kontroversi itu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:28 PM | Show all posts
apa naik kain rentang je... tunjuk muka jangan pakai mask buat la live mintak maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry Naik lorry
Moga diambil tindakan sewajarnya
Jgn bagi muka
TMJ Dan gong pun dah murka... Harap tidak setel tepi

Naik lemak bangsa tak reti Adab nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la minta maaf. tp hukuman tetap wajib ada. kalau x lg ramai la yg buat lg lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 07:15 PM | Show all posts
tukar ssm jah sis macam tak biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 07:34 PM | Show all posts
nak tanya pekerja kilang tu semua cina ke atau ada melayu...kenapa tak raise the issue masa packing, ke caner tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
OK dah minyak Maaf....
Thn depan buat lg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 10:00 PM | Show all posts
mungkin stokin impot dari China secara pukal,?
kilang ni cetak labelan serta brand dan lekat pada setiap pasang stoking?
Barulah hantar kedai2.


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:17 AM | Show all posts
tutup kilang ni, buka kilang kat lain register nama company baru..
bukan susah pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.127258 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list