CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6113|Reply: 0

Kedah, KL City boleh dipotong 3 mata, denda RM50,000

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA FC) dan KL City FC bakal berdepan pemotongan tiga mata dalam Liga Super selain denda sebanyak RM50,000 sekiranya gagal menyelesaikan jumlah tunggakan gaji yang sedang dihadapi pasukan masing-masing pada tarikh kedua, 30 Mac ini.

Ini selepas kedua-dua pasukan itu gagal membuat bayaran 50 peratus jumlah tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh pertama, 15 Mac 2024 seperti yang ditetapkan First Instance Body (FIB) sebelum ini.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam satu kenyataan menjelaskan sekalipun mereka 'memberi muka' kepada KDA FC dan KL City FC menyelesaikan masalah itu atas komitmen tinggi namun FIB sedia mengenakan tindakan bagi memastikan pematuhan arahan FIB dihormati dan dipandang serius.

"Jika isu gagal diselesaikan pada 30 Mac ini, hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 secara serta merta dibuat berdasarkan kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 'Article 2.4 (c) Licensing Sanctions.'


"FIB juga akan menilai semula status lesen kelab terbabit jika tidak mematuhi tarikh akhir kedua pembayaran tunggakan gaji serta tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing dalam musim Liga Malaysia (Liga M) yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, FIB menjelaskan pihaknya sudah menerima surat rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bersetuju menyalurkan sumbangan bagi menyelesaikan bayaran tunggakan gaji KL City FC bagi tahun 2023 sebelum akhir Mac 2024.

Manakala bagi KDA FC, pasukan itu sudah menyerahkan bukti pembayaran sejumlah RM 600,000 sebagai bayaran sebahagian tunggakan gaji semasa bagaimanapun ia tidak mematuhi bayaran 50 peratus jumlah tunggakan gaji seperti ditetapkan FIB.

Namun begitu, FIB sudah menerima bukti kewangan sumber dana yang akan diterima KDA FC dalam masa terdekat.

https://www.bharian.com.my/sukan ... -mata-denda-rm50000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047921 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list