CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iDputera

Khas untuk Awak

 Close [Copy link]
Post time 4-9-2016 01:01 PM | Show all posts

Awkk...
Kita tidak akan biarkan
Awak terkapai sendirian
Ada kita hulurkan tangan
Andai kita tiada kekuatan
Menarik awak ke daratan
Biarlah kita turut terbenam dalam lautan
Jika itu yang awak inginkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2016 08:43 PM | Show all posts
awanjingga replied at 4-9-2016 01:01 PM
Awkk...
Kita tidak akan biarkan
Awak terkapai sendirian



awak
mampukah awak meredah ombak
sedaiakah awak lemas bersama
relakah awak tenggelam
bila awak tiada kekuatan lagi
lalu kita terdampar
atau tenggelam dilautan....


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 10:25 PM | Show all posts
iDputera replied at 25-9-2016 08:43 PM
awak
mampukah awak meredah ombak
sedaiakah awak lemas bersama

Awak...
Kita memang suka pantai dan lautan...
Demi melihat hebatnya alunan ombak..
Buat kita terasa cuak..
Kerana kita tidak tahu berenang..
Takut kita hilang dalam lautan terbentang..
Jika tangan awak ..kita pegang...
Mungkin bimbang kita berkurang...
Tapi kita ragu genggaman kita terlepas begitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2016 10:03 PM | Show all posts
awanjingga replied at 27-9-2016 10:25 PM
Awak...
Kita memang suka pantai dan lautan...
Demi melihat hebatnya alunan ombak..


awak
kita juga suka pada laut
diwaktu pagi
kita suka dengan bisikan ombak
tengahhari pula awak
kita suka merasa tiupan angin
terasa ia seperti memeluk kita
petangnya pula
kita suka pada ombak laut
buih buihnya seakan menari
dan seperti melakarkan sesuatu
berjalan pula diatas hamparan
buih, air dan pasir
seakan hilang semua kedukaan
untuk awak
jika takut dengan lautan
jangan berani bermain ombak
duduk saja ditepinya
sambil bermain dan membina istana pasir.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:07 PM | Show all posts
.
Sekian lama tak berjumpa karya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 01:38 PM | Show all posts
Edited by awanjingga at 5-10-2016 08:07 PM
iDputera replied at 28-9-2016 10:03 PM
awak
kita juga suka pada laut
diwaktu pagi


awak...
lautan tidak sentiasa tenang
adakala gelora bertandang
adakala bayu lembut bertempik jua
adakala ombak menjadi tsunami bahaya...

awak
kita duduk membina istana pasir
meskipun kita tahu akan punah disapa ombak berdesir
tapi awak
kita akan bina semula istana
tidak kira berapa kali akan ranap
kita tetap tabah menghadap
kerana kita tahu dengan kekuatan kasih sayang kita
istana pasir akan teguh jua
walau tidak pada pandangan zahirnya
tapi terlihat di mata hati kita..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2016 02:44 PM | Show all posts


awak .. kita .. tak sama
ko .. aku .. tak lain
kita berada d'tempat yang berbeza

awak .. ko tau aku siapa ..
aku yang tiada apa apa ..
seorang musafir kelana merentasi dunia ..
hanya keikhlasan aku minta ..
bukan harta dan rupa ..

tapi kelembutan awak .. menarik tertarik .
membuat aku terpesona ..



awak amokan ombak lautan bergelora ..
bila air pasang penuh .. darat dan laut ..
maka tenanglah akan ia ..

maka berlayar lah kita ..
jangan lupa doakan kita ..
jangan lupa d'sini menanti menunggu tetap setia ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 01:27 AM | Show all posts
NorAddin replied at 6-10-2016 02:44 PM
awak .. kita .. tak sama
ko .. aku .. tak lain
kita berada d'tempat yang berbeza

Awak..
Walaupun kita berada di tempat berbeza
Waktu yang berlainan
Tetap jua menatap purnama nan sama
Tetap jua disinari suria yang sama
Tetap jua menghirup udara yang sama...

Awak...
Berapa pun tinggi ikhlas berdiri
Tetap jua harta rupa dikejari
Budi pekerti tulusnya hati seakan dilupai
Bagai tercampak ke tepi....

Awak..
Tatkala air pasang..darat dan laut seketika tenang
Apabila airnya surut..meninggalkan kesan berparut
..dan ada yang larut serta hanyut...

Awak
Ombak dan laut setia bertaut
Tiada ombak bermaknakah laut
Terkambus laut menguburkan ombak
Bagaimana penyair mengalunkan sajak
Awak..
Pada deruan angin ada doa mengiringi
Pada renyai merintik ada jua doa berbisik
Yang terbaik setiap saat berdetik....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2016 10:42 PM | Show all posts
awanjingga replied at 7-10-2016 01:27 AM
Awak..
Walaupun kita berada di tempat berbeza
Waktu yang berlainan



awak..

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan PIKIRAN.

Sambutlah Tahun Baru  
2017.... dengan positif..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 01:56 PM | Show all posts
iDputera replied at 29-12-2016 10:42 PM
awak..

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.

deepnye lahai poem aishhh
DALAM HATI ADA TAMAN sgt





Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 02:00 PM | Show all posts
nak berpuitis jugak macam uols semua

#originaldarihati


Awak
Kalau bisa kita ulangi semua kenangan
Mungkin ada janji yang terpatri
Mungkin ada mimpi yang kan menghiasi
Mungkin ada kota yang terbina atas dasar cinta suci

Awak
Pergi tanpa ada yang mengganti
Pergi tanpa jejak hingga kini
Sepi tanpa sebarang berita untuk kudengari
Hilang tanpa tanda untuk ku jejaki


Awak
ku pohon pada ILAHI
andai takdir itu milik-NYA
akan PASTI bertemu suatu ketika yang ABADI


-terus menanti, 2017-

@jangan copy paste tauu - ahkak SUE nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 10:12 PM | Show all posts
ctsueraya replied at 7-1-2017 01:56 PM
deepnye lahai poem aishhh
DALAM HATI ADA TAMAN sgt



tq awak..

sudi singgah disini meninggalkan jejak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 10:14 PM | Show all posts
ctsueraya replied at 7-1-2017 02:00 PM
nak berpuitis jugak macam uols semua

#originaldarihati



awak
teruskan puisi awak
kita disini pun tidak tentu masa
adakala kita rajin singkap
tapi awak
selalu kita tidak rajin.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 10:16 PM | Show all posts


awak yang lama menyepi..

kita tuju lagu pada awak..



.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:17 AM | Show all posts
iDputera replied at 19-2-2017 10:16 PM
awak yang lama menyepi..

kita tuju lagu pada awak..

haha deep lagu ni awak
untuk kita ke



matilaa verangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:48 PM | Show all posts
~..untuk awak yang dinanti..

Akan ke manakah angin melayang
Tatkala turun senja nan muram
Pada siapa lagu kuangankan
Kelam dalam kabut rindu tertahan

Datanglah engkau berbaring di sisiku
Turun dan berbisik tepat di sampingku
Belenggulah seluruh tubuh dan sukmaku
Kuingin menjerit dalam pelukanmu

Akan kemanakah berarak awan
Bagi siapa mata kupejamkan
Pecah bulan dalam ombak lautan
Dahan-dahan di hati berguguran..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 12:51 PM | Show all posts
iDputera replied at 19-2-2017 10:16 PM
awak yang lama menyepi..

kita tuju lagu pada awak..



~..mengapa kau jua yang kurindu..walau sudah ku tahu payah bersatu hidup denganmu..







`awak..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 05:59 PM | Show all posts
ctsueraya replied at 20-2-2017 11:17 AM
haha deep lagu ni awak
untuk kita ke



awak..
jika awak disini membaca dan mendengarnya
tentu sekali awak memahaminya..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 06:01 PM | Show all posts
cmf_sweetLove replied at 20-2-2017 12:48 PM
~..untuk awak yang dinanti..

Akan ke manakah angin melayang



tahukah awak
sejuta rasa yang kita titipkan
tertepis angin di senja hari
kegundahan hati disanubari
mengharap awak yang selalu pergi

dimanakah awak selama ini
lelah mencari langkah awak
dan terlena di mahligai malam
mimpikan awak berada disisi......


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 06:02 PM | Show all posts
cmf_sweetLove replied at 20-2-2017 12:51 PM
~..mengapa kau jua yang kurindu..walau sudah ku tahu payah bersatu hidup denganmu..



mengharapkan awak ceria dan bahagia selalu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.090509 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list