CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5816|Reply: 4

[Tempatan] Jangan berlebihan ulas isu stoking kalimah Allah, kata TPM Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 21-3-2024 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Jangan berlebihan ulas isu stoking kalimah Allah – Ahmad Zahid

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -allah-ahmad-zahid/

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
20 Mac 2024, 10:17 pm


Ahmad Zahid hadir di Majlis Santuni Kasih Ramadan PERDA di Nibong Tebal, hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak tidak berlebih-lebihan menyentuh isu sensitif berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, isu ini dikhuatiri digunakan sesetengah pihak untuk membangkitkan sentimen 3R (agama, institusi diraja dan kaum).

Menurutnya, permohonan maaf berhubung isu tersebut telah pun dibuat oleh pihak KK Mart.

“Saya mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai stoking kalimah Allah dan saya fikir jangan lagi bangkitkan perkara sensitif begini.

“Ramai pihak rasa permohonan maaf itu telah dibuat dan kita anggap mereka tidak mengetahui serta tak ada tujuan pun.

“Bila pengilang dah lakukan lawatan, siasatan mendapati bukan kilang itu yang lakukan, sebaliknya ia barangan yang diimport dari China,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santuni Kasih Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Masjid Jamek Al-Amin Simpang Tiga, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, isu itu wajar dijadikan pengajaran dan diselesaikan sebaiknya supaya tidak disalah tafsir dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini suatu pengajaran yang agak mahal dan saya yakin semua pihak patuh kepada titah Tuanku serta kita selesaikan masalah ini dengan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 08:49 AM | Show all posts
ermm yelah, jgn la lelebihkan sesuatu isu tu,da mcm menumpang negara org plak da.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas cucuk muka terus ada iras2 rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
knapa beria2 pemimpin melayu islam membackup perbuatan ni ye? fuh.. dah terang2 skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:10 AM | Show all posts
alaaaa lembiknya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061796 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list