CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5836|Reply: 1

[Dunia] Hanya 7 negara di dunia tidak tercemar

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Hanya 7 negara di dunia tidak tercemar

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nia-tidak-tercemar/

Oleh KOSMO
21 Mac 2024, 8:12 am


Kenderaan melalui sebatang jalan ketika cuaca berjerebu di Amritsar, India pada 18 November 2023. - AFP

GENEVA, Switzerland – Lebih 90 peratus negara di dunia mencatatkan kadar pencemaran yang melebihi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Syarikat teknologi alam sekitar dari Switzerland, IQAir, menerusi laporan terbaharunya berkata, hanya tujuh negara yang memenuhi piawai WHO untuk menjadi negara bebas pencemaran.

Ia terdiri daripada Australia, Estonia, Finland, Grenada, Iceland, Mauritius dan New Zealand.

Negara-negara itu memenuhi piawaian WHO dengan mencatatkan bacaan pencemaran purata tahunan paras selamat bagi kepekatan zarah halus berbahaya (PM2.5).

Laporan dikeluarkan kelmarin itu turut mendapati 124 daripada 134 negara dan wilayah di dunia mengeluarkan zarah yang melebihi piawaian tersebut.

Bangladesh menjadi negara paling tercemar di dunia pada 2023, diikuti dengan Pakistan, India, Tajikistan dan Burkina Faso.

Pakar Kualiti Kanan Greenpeace International, Aidan Farrow berkata, laporan tahunan IQAir menggambarkan ciri-ciri antarabangsa dan kesan yang tidak saksama bagi krisis pencemaran udara.

“Usaha-usaha nasional, antarabangsa dan tempatan amat diperlukan untuk memantau kualiti udara di tempat yang kurang sumber, mengurus punca jerebu rentas sempadan dan mengurangkan kebergantungan kita kepada pembakaran sebagai sumber tenaga,” kata Farrow yang tidak terlibat dalam laporan tersebut.

WHO sebelum ini menganggarkan bahawa pencemaran adalah punca yang menyebabkan sehingga tujuh juta kematian pramatang pada setiap tahun. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:52 AM | Show all posts
lokasi LOTR di new zealand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.755457 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list