CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6921|Reply: 0

Ronaldo sudah lemau - Cancelo

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Joao Cancelo (kiri) mendakwa pasukan kebangsaan Portugal tidak lagi bergantung sepenuhnya terhadap Cristiano Ronaldo. – Foto REUTERS

LISBON: Joao Cancelo mencetus perhatian ramai apabila mendakwa rakan sepasukan Portugal, Cristiano Ronaldo sudah melepasi zaman kemuncaknya sebagai pemain dan pasukan itu 'tidak bergantung sepenuh terhadapnya.'

Portugal berdepan dua perlawanan persahabatan menentang Sweden dan Slovenia minggu ini tetapi bintang Al-Nassr, Ronaldo tidak akan turun bertemu Sweden sekalipun dinamakan oleh bos Roberto Martinez dalam skuad 32 pemainnya.

Liga Pro Saudi berhenti seketika bagi memberi laluan aksi antarabangsa dan Ronaldo diberi masa untuk bercuti bersama pasangannya Georgina Rodriguez dan keluarga sebelum kembali bagi aksi menentang Slovenia.

Bagaimanapun, komen Cancelo mengenai Ronaldo apabila ditanya mengenai kepentingannya dalam pasukan mungkin tidak begitu disenangi oleh bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu, selepas menyatakan rakan sepasukan tidak bergantung kepadanya lagi.



Bekas pertahanan kiri Manchester City itu bagaimanapun menegaskan Ronaldo masih 'penting' tetapi mendakwa dia kini sudah jauh daripada persembahan terbaiknya.

"Dia seorang pemain yang penting dan mengharungi 15 tahun bersaing dengan (Lionel) Messi bagi anugerah Ballon d'Or, tetapi kemuncak karier seorang pemain bola sepak adalah antara usia 25 dan 32," katanya kepada stesen radio Portugal, RTP.

"Dia seorang pemain yang penting buat kami, tetapi pasukan kebangsaan tidak bergantung sepenuh terhadapnya."

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu - yang menyertai Al-Nassr pada hujung 2022 - masih kekal menjadi tumpuan media dalam beberapa tahun kebelakangan sejak meninggalkan Manchester United.

Dia dikecam ketika Piala Dunia 2022 selepas dilihat meninggalkan padang lebih awal apabila digugurkan ketika perlawanan peringkat kumpulan dan dilaporkan bertelagah dengan bekas bos Fernando Santos - dengan sesetengah media menyatakan dia mahu pulang.

Sejak menggantikan Santos, Martinez secara konsisten menyatakan Ronaldo kekal dalam perancangannya kerana keinginan kuatnya untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Kini berusia 39 tahun, Ronaldo adalah penjaring gol terbanyak Portugal sepanjang zaman dengan 128 gol selain memiliki cap paling banyak dengan 205. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... sudah-lemau-cancelo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061795 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list