CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7995|Reply: 0

[Kelantan] 484,639 rakyat Kelantan sudah mengemas kini PADU

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Pengamal media hadir Program Pendaftaran dan Mengemaskini PADU bersama KEMUDI di Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Sehingga kini seramai 484,639 atau 38.8 peratus daripada 1.2 juta rakyat Kelantan sudah mengemas kini Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bermula 2 Januari sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, berkata setakat ini di negeri Pantai Timur, Kelantan adalah negeri yang tertinggi sudah mendaftar serta mengemas kini data PADU.

Katanya, bermula peluncuran PADU oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sudah mula mengambil tindakan proaktif dengan membuka kaunter pendaftaran di Pejabat Perangkaan Negeri selain di beberapa lokasi terpilih.

"Kami turut menjalinkan kerjasama dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di seluruh Kelantan dan pada masa sama pegawai Jabatan Perangkaan Negeri ditempatkan di situ untuk memudahkan masyarakat terutamanya orang kampung bagi mendaftar dan mengemas kini PADU.


"Dari segi kemudahan internet pula, pejabat penerangan daerah di seluruh negeri menyediakan kemudahan berkenaan untuk membantu orang ramai melakukan pengemaskinian PADU masing-masing pada setiap hari waktu bekerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pendaftaran dan Mengemaskini PADU bersama Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) di Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu, di sini, hari ini.

Muhd Nor Aswadi berkata, secara umumnya masyarakat mengetahui mengenai PADU, namun timbul beberapa persoalan misalnya mengenai isu keselamatan maklumat diri.

"Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kerahsiaan keselamatan maklumat mereka kerana ia terjamin disebabkan PADU diselenggara oleh pegawai kerajaan yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

"Selain itu, sistem yang digunakan ini (PADU) mengguna pakai sistem yang dikelolakan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), CyberSecurity dan beberapa agensi kerajaan dari untuk menjamin keselamatan data pengguna," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa menghebahkan kepada orang ramai menerusi radio Kelantan FM yang turut memainkan peranan hampir setiap masa untuk membuat hebahan mengenai kepentingan mengisi PADU.

"Malah kita juga bersedia melakukan hebahan bergerak melalui Info On Wheel (IOW) untuk masuk ke lokasi tertentu bagi memberi peringatan dan kesedaran kepada orang ramai," katanya.

PADU adalah pangkalan data utama yang mana ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.
https://www.bharian.com.my/berit ... -mengemas-kini-padu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083072 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list