CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10847|Reply: 1

[Kelantan] Presiden muay thai didakwa ugut bunuh, pukul seorang lelaki

  [Copy link]
Post time 24-3-2024 02:03 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Fared (kanan) semasa tiba untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Presiden sebuah persatuan muay thai didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan memukul seorang lelaki di sebuah kedai makan, kira-kira dua bulan lalu.

Tertuduh, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk membunuh seorang lelaki berusia 40 tahun sambil memegang sebilah pisau.

Mengikut pertuduhan kedua, Mohd. Fared yang juga bekas aktivis sebuah persatuan pengguna di negara ini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas lelaki yang sama.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di depan sebuah sebuah kedai nasi lemak dekat Kampung Langgar, di sini kira-kira pukul 10 malam pada 6 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff.

Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kul-seorang-lelaki/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 03:19 PM | Show all posts
Ganas benar abang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077574 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list