CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4516|Reply: 0

[Kelantan] Pemilik kilang dawai maut dihempap pagar

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Lokasi kejadian mangsa maut dihempap pagar sebuah kilang dawai di Kawasan Perindustrian Tanah Merah, Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang pemilik sebuah kilang dawai maut selepas dihempap pintu pagar kilangnya di Kawasan Perindustrian Tanah Merah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepalanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum pegawai bersama anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati, warga emas itu dihempap pagar semasa sedang memeriksa dan menutup pintu pagar kedua kilangnya.

“Keadaan itu menyebabkan roda pada pagar tersebut terkeluar daripada rel sebelum ia terbalik dan menghempap seluruh badan mangsa.

“Mangsa yang juga tinggal di dalam kilang tersebut tersepit di bawah pagar telah disahkan meninggal dunia apabila pihak Hospital Tanah Merah tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, siasatan mendapati, tiada sebarang perbuatan jenayah, sabotaj atau pergaduhan yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian warga emas itu disebabkan oleh kecederaan parah pada bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... aut-dihempap-pagar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.117860 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list